Page 15 - PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN
P. 15

010  Siri Novel Remaja Terkenal China



               “Kehidupan ialah kehidupan, spesies  ialah spesies.”  Dia seakan-
          akan  berfalsafah,  tetapi dia  tidak  kelihatan  seperti ahli  falsafah  pun,
          sebaliknya seperti seorang pelayan Inggeris yang sombong (atau pelayan
          Perancis sebab aku harus biasa dengan orang Perancis). Dengan nada
          yang kuat, dia menutup telefon bimbit dengan cepat lalu menggigit jari.
               Rumah Gabriel terletak  di hujung Jalan Stalingrad, tidak jauh
          dari  kolam  renang  sebuah  bangunan  yang  sama  dengan  bangunan
          di sekeliling. Sekiranya aku tidak melihat nombor rumah, aku hampir
          tersalah  jalan setiap  hari. Dia tidak ada motosikal, hanya ada sebuah
          basikal  jenis yang mempunyai brek pengembangan, tetapi dia  hampir
          tidak menunggangnya kerana bimbang basikalnya dicuri. Bentuk tubuhnya
          sangat berbeza daripada aku, rendah, kurus, dan lemah. Rambutnya hitam
          dan diikat seperti ekor kecil. Sikapnya juga berbeza daripada sikapku. Dia
          seorang yang tidak berdisiplin, sementara aku sangat bertatatertib. Dia
          seorang yang becok manakala aku seorang yang pendiam. Dia pemarah,
          dan aku pula lebih bersifat rasional. Dia juga sering melanggar peraturan,
          berbeza sama sekali dengan aku yang patuh kepada peraturan. Kami
                                                            …
          saling melengkapi antara satu sama lain. Umpama sudut 90 darjah yang
          berlainan sudut tetapi kedua-duanya menuju satu arah yang sama. Selain
          itu, dia seorang yang pemarah tetapi aku sentiasa tenang. Dalam kotak
          fikiranku, aku terfikir kadang-kadang mamanya terlalu tegas terhadapnya,
          dan dia diperalatkan seperti  boneka. Dia obses terhadap apa yang
          dilakukannya termasuk menggigit kuku.
               “Hidupan ialah hidupan, spesies ialah spesies”, ujar Gabriel.
               “Si bodoh sama seperti kau,” sambungku lagi. “Selepas berabad-
          abad lamanya, tetap bodoh juga.”
               “Itu mutiara kata idola kaukah?” aku sambung bertanya pula.
               Idolanya bernama Nara Smeducci, nama popularnya, Cascci.
          Idolanya di laman video YouTube ialah seorang lelaki yang suka memakai
          singlet tidak  kira  musim  panas  atau  musim  sejuk.  Dengan  mengikut
          irama muzik, beliau menggunakan bahasa yang sukar untuk difahami dan
          dianggap sebagai mutiara kata lalu menggembar-gemburkannya. Aku fikir
          itu hanya omongan kosong tetapi tidak bagi Gabriel yang sangat memuja





     Umur 14 Tahun_P1-204   10                                    10/13/20   12:32 PM
   10   11   12   13   14   15   16