Page 13 - PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN
P. 13
008 Siri Novel Remaja Terkenal China
diseret jauh dariku. Kedengaran seperti ikan paus sedang bernyanyi dan
bergema. Gema semula jadi ini sangat mengasyikkan. Pada musim panas,
air kolam menyejukkan manakala pada musim sejuk, seperti pelukan
hangat.
Aku suka berenang, sebab berenang sama seperti matematik,
tepat, tertib dan jelas. Irama yang sama, kekerapan menghayun lengan
yang sama, masa untuk setiap pusingan adalah sama, dan setiap kali
berenang jumlah perjalanan juga sama. Biasanya, aku akan berenang
pergi dan balik sebanyak 70 kali, tidak lebih dan tidak kurang. Aku dengan
jelas tahu bahawa perjalanan ketiga adalah perjalanan keempat, dua
puluh perjalanan adalah perjalanan dua puluh satu dan, perjalanan enam
puluh satu adalah perjalanan enam puluh dua. Berenang memberi aku
ketenangan fikiran. Ketika berenang aku boleh berfikir dengan bebas.
Kadangkala, aku bertanya kepada diri sendiri, “Frank, apa yang
harus engkau fikirkan hari ini?”. Walaupun aku mempunyai lebih banyak
masa untuk berfikir tentang perkara-perkara yang aku suka, namun
aku tidak akan memikirkannya ketika berenang, kecuali berfikir tentang
bilangan setiap kali renangan.
Umur 14 Tahun_P1-204 8 10/13/20 12:32 PM

