Page 12 - PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN
P. 12

Pengembaraan pada Usia 14 Tahun  007



          membazirkan masa pergi ke pusat membeli-belah, salun rambut, minum
          kopi atau melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama kawannya, Wilma,
          lebih baik mama menonton TV di rumah sahaja.
               Kenapa tidak berada “di sini” lebih lama? Aku bertanya dalam hati.
          Cuaca terlalu panas, tiada selera untuk makan. Aku hanya minum segelas
          jus lalu kembali semula ke bilik lantas menyarung baju renang, berseluar
          pendek, berjaket, menyarung sandal, kemudian mengambil beg di bawah
          katil lalu turun ke tingkat bawah.
               Sebaik sahaja keluar dari pintu rumah, aku menjerit kepada rumah
          yang sunyi itu. “Aku pergi dulu!”
               Aku  menunggang motosikal kecilku  sehingga minyaknya hampir
          kekeringan. Aku ke Jalan Solferino. Bunyi ekzos motosikalku kedengaran
          seperti sesak nafas.
               Bau  asap  ekzos  menyelubungi  udara.  Bau  asap  memasak  dari
          restoran  dan  bau  bawang  putih  bercampur  sos tomato  dengan  daging,
          ditambah dengan cuaca yang begitu panas menyesakkan, lagi dada untuk
          aku bernafas.
               Namaku Frank, Frank Rosmini, tetapi kawan-kawan memanggilku
                                                              2
          Franz.  Mungkin  disebabkan  aku  ada  iras-iras puak  Jermanik   semasa
          empayar Rom. Mungkin juga Franz lebih sedap dan  lembut didengar
          berbanding Frank. Darah Jerman mengalir dalam diriku, berambut perang
          muda (sebelah mamaku) dan pendek (sebab berenang), bertubuh tinggi
          (seperti  papa), berotot (juga sebab berenang). Semua ini membuatkan
          aku kelihatan seperti orang utara.Tetapi itu tidak benar. Aku orang Emilia,
          sama seperti papa dan mama.
               Aku  suka  berenang.  Tetapi, kebanyakan  kawanku  tidak  suka
          berenang. Mereka  mengatakan  sukan  renang membosankan.  Kepala
          perlu diselamkan ke dalam  air, berulang-ulang hingga akhir, dan  tidak
          boleh berbual-bual. Sebaliknya, aku pula suka berenang disebabkan itu.
               Aku suka menyelamkan kepala ke dalam air kerana semua bunyi
          akan hilang. Di bawah permukaan air bunyi seolah-olah jauh, lemah dan

          2 Satu kumpulan daripada puak Jermanik pada zaman purba. Orang Jerman
            juga dipanggil sebagai puak Jermanik pada masa kini.





     Umur 14 Tahun_P1-204   7                                     10/13/20   12:32 PM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16