Page 7 - PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN
P. 7
002 Siri Novel Remaja Terkenal China
Musim Panas 2009 Berenang
Bologna ialah tanah rendah berudara panas, lembap, dengan udara
tidak bergerak. Tiada warna di langit dan tiada angin segar yang boleh
menyapu udara panas yang menyesakkan nafas manusia. Aku tidak tahu
mengapa semua ini terjadi. Mungkin tersepit di antara dataran Sungai Po
dengan pergunungan Apennine seperti dicekik leher nafasnya menjadi
sesak. Bandar yang daif! Tetapi aku tidak peduli. Apabila cuaca terlalu
panas, aku hanya berendam di dalam kolam renang dan bukannya laut,
kerana Bologna jauh dari laut, atau aku mengambil skuter dan membawa
Gabriel ke Cavani. Jika berada di atas lereng bukit bukannya akan berasa
nyaman, tetapi berasa lebih sejuk sedikit. Sesetengah orang mengatakan
bahawa panas dan sejuk hanyalah masalah psikologi. Sama seperti
usia, selagi tidak memikirkannya akan hilang dengan sendiri. Papaku
beranggapan bahawa falsafah fragmentasi ialah salah satu kelemahan
masyarakat kita kerana tidak berguna dan berlawanan. Setiap orang
mempunyai otak, tetapi tidak bermakna semua orang menggunakan otak.
Papaku, Aristide Rosmini, seorang yang bijak menilai masalah sama ada
betul atau salah.
Pada pukul 8.00 pagi, aku terjaga daripada mimpi. Seluruh tubuhku
basah kuyup seolah-olah terlalu lama aku menahan nafas di dalam air.
Perasaan itu membuatkan aku berasa tidak selesa untuk masa yang lama.
Aku tidak dapat memberi gambaran mimpi itu baik atau buruk kerana
aku langsung tidak mengingatinya. Hanya mulutku berasa kering dan
jantungku berdegup kencang. Udara seolah-olah membeku dan berhenti.
Aku hampir dapat mengenali molekul yang membentuk udara kerana
udara tidak bergerak sama sekali. Aku bangun lalu melihat sekeliling,
seolah-olah aku melihat untuk kali pertama. Aku lantas terfikir kalaulah
aku tidak mempunyai tempat tinggal dan tertidur di atas katil orang lain
kerana tidak mempunyai katil sendiri, kemudian tiba-tiba terjaga daripada
tidur dan langsung tidak mengingat di mana diri ini berada. Seluruh bilik
ini kelihatan rapi. Aku sangat kagum akan pemiliknya, iaitu aku. Benar,
Umur 14 Tahun_P1-204 2 10/13/20 12:32 PM

