Page 9 - PENGEMBARAAN PADA USIA 14 TAHUN
P. 9
004 Siri Novel Remaja Terkenal China
kedai muzik Natalino di Pintu Mascalela untuk minum air pudina berharga
1
lima sen , tetapi orang lain dikenakan harga dua Euro. Di rumahku tentunya
tiada apa-apa boleh dilakukan. Kadangkala, aku berasa perkara ini
paling hebat pernah aku lakukan. Kami juga akan pergi ke universiti yang
terletak di Jalan Zamboni untuk melihat apa yang sedang berlaku. Ada
beberapa orang yang pelik di sana, sama tapi tidak serupa Gabriel. Aku
tidak tahu sama ada perkara ini baik atau tidak. Bagi papaku, semua itu
bukanlah perkara yang berfaedah. Namun, apa yang boleh dilakukan pada
musim panas di Bologna? Walaupun cuti sekolah sudah bermula kira-kira
dua minggu lalu, perancangan percutian kami masih belum diputuskan
lagi. Pada bulan Ogos nanti, papa dan mamaku akan menghantarku ke
sekolah berasrama di Perancis untuk mempelajari bahasa Perancis. Kami
ada kondominium mewah di tepi pantai Ygeo Marina. Kondominium itu
berkunci sepanjang cuti semester kecuali hari Ahad. Antara sebabnya
ialah papaku tidak pernah mengambil cuti dan papa tidak suka akan laut.
Sejak akhir-akhir ini, mama pula tidak berminat dengan apa yang kami
lakukan dan ke mana kami pergi. Mama umpama ada harinya, iaitu hari
“tertutup” dan “terbuka”.
Saat kaki melangkah ke dapur, kelihatan mama berada dalam
keadaan “tertutup”. Jika ada suis di belakangnya, sudah pasti aku akan
menekan suis itu agar mama dalam keadaan terbuka dan dalam keadaan
baik. “Kamu mahu makan sarapan?” tanya mama ringkas.
Sama ada aku menjawab atau tidak pertanyaannya, mama tetap
membalas dengan hambar.
“Baiklah, jika ada apa-apa panggil mama di sana.”
Suatu hari nanti, jika aku melakukan perkara melampaui batas, aku
yakin bahawa mama tidak akan mengetahui apa yang aku lakukan.
“Di sana” yang dimaksudkan oleh mama ialah tempat dia menonton
televisyen menjadi ruang tamu, bilik tidur atau dapurnya. Terdapat lelaki
dan wanita berbual di TV dan iklan. Banyak perkara lain yang menarik
minatnya. Kadangkala, TV merupakan terapi bagi mama. Mama boleh
menonton TV berjam-jam lamanya sehingga tertidur di depan TV. Daripada
1 Mata wang yang digunakan dalam novel, iaitu Euro. 十四岁的旅行 007
Umur 14 Tahun_P1-204 4 10/13/20 12:32 PM

