Page 18 - Focus SPM 2022 Tingkatan 4&5 - Sejarah
P. 18

Sejarah SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

                 Praktis Formatif  4                          9.  Ia  adalah untuk mengukuhkan ekonomi
                                                                Jepun.
               1.  Apakah  faktor  yang  mendorong  Jepun    10.  Jepun memilih negara kita juga disebabkan
                 menjalankan dasar peluasan kuasa?              kedudukan negara yang sesuai untuk
               2.  Mengapakah  Jepun  ingin  menakluk  Wilayah   kepentingan strategik ketenteraannya.
                 Selatan?                                    11.  Singapura  merupakan  pangkalan  tentera
               3.  Sejauh manakah pakatan Jepun dalam Pakatan   laut British terletak di hujung Semenanjung
                 Tiga Negara atau Kuasa Paksi membantu dasar    Tanah Melayu.
                      Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                 peluasan kuasa Jepun?                                                                                                                                                                                  T
                                                             12.  Penguasaan Jepun terhadap Singapura                                                                                                                   i
         T
         i
                                                                                                                                                                                                                        n
         n
                                                                penting untuk membuka laluan penguasaan                                                                                                                 g
         g
         k
                                                                                                                                                                                                                        k
                                                                Jepun terhadap telaga minyak di Sumatera.                                                                                                               a
         a
                                                                                                                                                                                                                        t
         t
         a
                                                                                                                                                                                                                        a
                                                                                                                                                                                                                        n
        4     3.5   Faktor Kedatangan Jepun ke               13.  Penguasaan Jepun terhadap Pulau Borneo                                                                                                               4
         n
                    Negara Kita
                                                                pula penting untuk menjayakan operasi
                                                                penaklukan tentera Jepun di Pulau Jawa.
               1.  Tujuan kedatangan Jepun ke negara kita
                 adalah bagi memenuhi keperluan ekonomi
                 dan kepentingan strategik ketenteraan      Serangan Jepun terhadap Negara Kita
                 kesan daripada sekatan ekonomi yang          1.  Serangan tentera Jepun di  Tanah Melayu
                 dikenakan oleh pihak Bersekutu terhadap        bermula apabila pendaratan tentera Jepun
                 Jepun.                                         di  Pantai Kuala  Pak Amat,  Pantai Sabak,
                                                                Kota Bharu dan  Thailand (Singgora dan
               2.  Jepun  menggunakan propaganda dalam          Patani) pada 8 Disember 1941.
                 usaha  menjayakan  misi  mereka  bagi
                 menguasai negara kita.                       2.  Pasukan tentera Jepun yang mendarat di
                                                                Thailand kemudian memasuki Kedah dan
               3.  Antara propaganda yang digunakan Jepun
                 seperti penggunaan slogan “Semangat Asia”      berpecah kepada dua pasukan.
                 dan “Asia untuk Orang Asia”.                 3.  Pasukan  pertama  akan  meneruskan
                                                                kemaraan ke selatan melalui persisiran
               4.  Propaganda tersebut  menanamkan
                 semangat antipenjajah Barat dan                pantai barat bermula di Pulau Pinang.
                 menonjolkan imej Jepun sebagai pembela       4.  Manakala  pasukan  kedua  melalui  jalan
                 negara Asia.                                   darat menuju ke bandar utama di negeri-
                                                                negeri pantai barat.
               5.  Jepun yang merupakan sebuah kuasa
                 industri yang ingin  mengeksploitasi         5.  Pasukan  tentera  Jepun  yang  mendarat
                 kekayaan bahan mentah negara untuk             di Kelantan pula, meneruskan kemaraan
                 keperluan perindustrian dan operasi            ke selatan melalui jalan darat di negeri-
                 ketenteraannya.                                negeri pantai timur.
               6.  Hal ini disebabkan  Tanah Melayu           6.  Tentera Jepun mengaplikasikan cara
                 merupakan pengeluar utama bijih timah          serangan kilat, iaitu gerakan menyerang
                 dan getah dunia, selain menghasilkan           dengan kombinasi angkatan tentera darat,
                 emas, bijih besi, arang batu dan bauksit.      udara  dan  laut  untuk  menawan  Tanah
                                                                Melayu.
               7.  Jepun turut menyasarkan  Sarawak yang
                 mempunyai sumber minyak, terutama di         7.  British cuba menyekat kemaraan tentera
                 Miri dan Lutong.                               Jepun dengan mengerakkan kapal Repulse
                                                                dan Prince of Wales.
               8.  Pendudukan Jepun di negara kita
                 merupakan sebahagian daripada rancangan      8.  Namun, usaha tersebut gagal kerana kapal
                 pembentukan  kawasan Lingkungan                tersebut berjaya ditenggelamkan oleh
                 Sekemakmuran  Asia  Timur  Raya  oleh          tentera Jepun di perairan Kuantan.
                 Jepun.

               40





       03 Fokus Sejarah Ting 4.indd   40                                                             22/07/2021   4:34 PM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23