Page 37 - Genius PBD - Sains Thn 5 (EG)
P. 37

Sains  Tahun 5  Unit 1 Kemahiran Saintifik                     Tarikh:

        SP 1.1.10  Mengawal pemboleh ubah dengan menentukan pemboleh ubah bergerak balas dan dimalarkan setelah pemboleh ubah dimanipulasi ditentukan dalam
                sesuatu penyiasatan.

        6.  Ahmad menjalankan satu penyiasatan. 4 ekor tikus diletakkan di dalam sangkar
           M dan 12 ekor tikus lagi diletakkan di dalam sangkar N. Saiz sangkar adalah sama
           dan bilangan tikus jantan dan betina adalah sama di dalam setiap sangkar. Tikus
           tersebut diberi jumlah makanan dan air yang sama setiap hari. Berat setiap ekor
           tikus direkodkan dalam jadual di bawah selama 3 minggu. Purata berat setiap tikus
           yang sama diambil.  SP 1.1.10    TP 1    TP 2    TP 3    TP 4


                     Sangkar                 Bilangan tikus             Purata berat tikus

                        M                          4                           72 g
                        N                          12                          50 g


           (a)  Dalam penyiasatan ini, apakah:

                (i)  Pemboleh ubah dimanipulasi

                    Bilangan tikus di dalam sangkar


                (ii)  Pemboleh ubah dimalarkan
                    Saiz sangkar, kuantiti makanan dan air


                (iii)  Pemboleh ubah bergerak balas.
                    Purata berat tikus


           (b)  Berikan sebab mengapakah purata berat tikus dalam kedua-dua sangkar adalah
                berbeza.
                Purata berat tikus dalam kedua-dua sangkar adalah berbeza kerana bilangan

                tikus yang banyak di dalam sangkar N telah menyebabkan berlakunya persaingan

                terhadap keperluan asas manakala bilangan tikus yang sedikit di dalam sangkar
                M telah mendapat keperluan asas yang cukup untuk membesar.


           (c)  Tuliskan keperluan asas seekor haiwan.

                Makanan, air, udara, tempat tinggal





       TAHAP PENGUASAAN ( ) 1     2     3     4     5     6



      © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               6






 Unit 1.indd   6                                                                              11/11/2022   9:31 AM
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42