Page 38 - Genius PBD - Sains Thn 5 (EG)
P. 38
Tarikh: Sains Tahun 5 Unit 1 Kemahiran Saintifik
SP 1.1.12 Mengeksperimen dengan menggunakan kemahiran proses sains asas bagi mengumpul dan mentafsir data serta membuat rumusan untuk membuktikan
hipotesis dan membuat laporan.
7. Rancang dan jalankan eksperimen untuk menyiasat faktor-faktor yang menyebabkan
pengaratan. Kemudian, tulis satu laporan ringkas di dalam ruang yang disediakan
di bawah. SP 1.1.12 TP 4 TP 5 TP 6
(a) Pernyataan masalah: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pengaratan?
(b) Hipotesis: Pengaratan berlaku dengan kehadiran air dan udara.
(c) Pemboleh ubah:
(i) dimalarkan : Jenis paku
(ii) dimanipulasi : Kehadiran air dan udara
(iii) bergerak balas : Rupa dan keadaan paku
(d) Alat dan bahan: Kertas pasir, tabung uji, paku besi, air, minyak, air yang
dididihkan, gabus dan kalsium klorida kontang
(e) Menjalankan eksperimen:
Minyak
Udara
Air yang Air Kalsium
telah klorida
dididihkan kontang
A B C D
(i) Empat batang paku digosok dengan menggunakan kertas pasir.
(ii) Radas disediakan berdasarkan rajah di atas.
(iii) Radas dibiarkan selama seminggu.
(iv) Keadaan paku selepas seminggu diperhatikan dan direkodkan.
(f) Pemerhatian:
Tabung uji A B C D
Keadaan paku Tidak berkarat Berkarat Berkarat Tidak berkarat
(g) Kesimpulan:
Faktor-faktor pengaratan ialah air dan udara. Hipotesis diterima.
TAHAP PENGUASAAN ( ) 1 2 3 4 5 6
Tandatangan Guru: Tarikh:
7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Unit 1.indd 7 11/11/2022 9:31 AM

