Page 2 - Get Ready Year 6 Bahasa Melayu - Buku C Penulisan
P. 2
TIP MENULIS
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Pengenalan
Kertas Penulisan mengandungi tiga bahagian soalan, iaitu:
1. Bahagian A (10 markah) – Membina Ayat
2. Bahagian B (15 markah) – Menulis Ulasan
3. Bahagian C (25 markah) – Menulis Karangan
Bahagian A Membina Ayat
Panduan Umum
1. Bahagian ini menguji kemahiran murid dalam membina ayat yang gramatis berdasarkan
bahan rangsangan yang diberikan.
2. Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan bahan grafik yang diberikan. Setiap ayat mestilah
mengandungi subjek dan predikat.
3. Ayat yang dibina haruslah menerangkan perkara yang terkandung dalam bahan grafik.
4. Elakkan membina lebih daripada satu ayat untuk setiap nombor atau poin.
5. Tiada penggunaan penanda wacana dalam setiap ayat yang dibina.
Kriteria Cemerlang
1. Berikan penekanan kepada struktur ayat yang dibina di samping ejaan, imbuhan, dan tanda
baca yang betul dan tepat.
2. Struktur ayat yang disusun dengan tepat serta menarik mampu menghasilkan ayat yang
gramatis.
3. Minimumkan kesalahan, khususnya dalam aspek bahasa seperti ejaan, tanda baca, dan
imbuhan.
4. Tiada had bilangan patah perkataan yang ditetapkan.
Kaedah Pentaksiran
1. Ayat dinilai secara analitik dan holistik.
2. Kaedah analitik digunakan untuk mengesan idea atau isi.
3. Kaedah holistik diguna pakai untuk menilai aspek tatabahasa.
TM – 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
00 Tip Menulis Thn6.indd 1 17/02/2022 4:34 PM

