Page 3 - Get Ready Year 6 Bahasa Melayu - Buku C Penulisan
P. 3

Teknik Menjawab Bahagian A

                1.  Teliti dan fahami kehendak soalan. Kemudian, garisi kata kunci.
               2.  Kenal pasti situasi dan aktiviti yang terkandung dalam gambar, bulatkan dan senaraikan.
               3.  Gunakan maklumat yang diperoleh untuk membina ayat.
               4.  Bina ayat yang gramatis dan menarik. Elakkan kesalahan dari aspek tatabahasa, seperti ejaan,
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                  imbuhan, dan tanda baca.
               5.  Gunakan  kata  nama  khas  atau  kata  ganti  nama  diri  untuk  mewakili  watak  yang  terdapat
                  dalam gambar.

               Model Soalan

                Gambar di bawah ini menunjukkan suasana sewaktu berkelah di tepi pantai.
                Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

                                               BERKELAH DI TEPI PANTAI





























              Cadangan Jawapan

                Bil.      Siapa         Kata Kerja         Objek                  Keterangan
                 1.  Seorang lelaki  duduk             di kerusi       sambil membaca surat khabar.

                2.   Ibu             menghidangkan     bekal           yang dibawa untuk berkelah pada
                                                                       hari itu.
                3.   Aina dan Sara   membina           istana pasir    menggunakan peralatan yang
                                                                       dibawa dari rumah.
                4.   Abang           bermain          layang-layang   bersama-sama rakan di tepi pantai.

                5.   Azlan           mandi-manda      di gigi air     dengan gembira.

              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.             TM – 2






         00 Tip Menulis Thn6.indd   2                                                                  17/02/2022   4:34 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8