Page 14 - top one bm tg4
P. 14

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Tema 7 Bahasa Bugar, Sastera Kekar


                                                                                                TP
                     ASPEK TATABAHASA
               SP 5.2.4  Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.

              Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata tugas. Senaraikan dan
              betulkan kesalahan-kesalahan itu.


               1.  Encik  Hamidon  belum  masih  menyiapkan  kertas  kerja  Seminar  Sastera,  Bahasa,  dan  Budaya
                   Melayu yang akan diadakan pada minggu hadapan.
                   belum masih – masih belum

               2.  Kedua  orang  anak  Encik  Ikmal  pernah  mengikuti  bengkel  penulisan  skrip  drama  dan  filem

                   anjuran Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia dua bulan yang lalu.
                   Kedua – Kedua-dua


               3.  Sumbangan  wang  dan  pakaian  daripada  orang  ramai  itu  ialah  untuk  mangsa  kebakaran  di
                   Kampung Agil.

                   ialah – adalah

               4.  Surat  pemberitahuan  dari  pihak  pentadbiran  sekolah  tentang  hari  persekolahan  ganti  telah
                   diedarkan kepada murid-murid.
                   dari – daripada

               5.  Novel yang bertajuk Titian Kasih di atas meja itu tidak milik Amira, tetapi milik Sandra.

                   tidak – bukan

               6.  Kamarul tidak dapat menerima kenyataan yang permohonannya untuk melanjutkan pelajaran di
                   luar negara ditolak.
                   yang – bahawa


               7.  Pertandingan berbalas pantun peringkat  separuh akhir di antara Kumpulan Merah dengan
                   Kumpulan Biru amat sengit sekali.

                   di antara – antara

               8.  Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang-pemenang  pertandingan  deklamasi sajak
                   baru sahaja selesai.

                   para pemenang-pemenang – para pemenang/ pemenang-pemenang











              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               28






         02 Lembaran DSKP_Tema 5-7.indd   28                                                             2/6/20   2:41 PM
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19