Page 13 - top one bm tg4
P. 13

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Tema 7 Bahasa Bugar, Sastera Kekar


                                                                                                  TP
                      KEMAHIRAN MENULIS
                 SP 3.5.1  Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

                Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis karangan menggunakan ayat yang gramatis
                dan penanda wacana yang sesuai.   KBAT  Menilai


                                               Faedah Membaca Karya Sastera




                  Memperoleh pelbagai                Memupuk nilai-nilai                   Memperluas
                       pengajaran                          murni                       perbendaharaan kata



                Karya sastera lazimnya memaparkan realiti masyarakat di samping mengemukakan ilmu dan
                pemikiran bagi memajukan masyarakat. Pembacaan karya sastera banyak memberikan faedah kepada
                semua lapisan masyarakat.

                      Antara  faedah  membaca  karya  sastera  ialah  kita  akan  memperoleh  pelbagai  pengajaran  yang

                dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan kita sepanjang hayat. Pengajaran ini juga menjadi petunjuk
                kepada kita  dalam membuat sesuatu perkara  atau keputusan untuk  mengelakkan  perkara  yang
                mendatangkan kesan buruk kepada kita.

                      Di  samping  itu,  pembacaan  karya  sastera  juga  dapat  memupuk  nilai-nilai  murni  dalam  diri
                masyarakat. Contoh nilai-nilai murni tersebut ialah baik hati, kasih sayang, bekerjasama, hemah

                tinggi,  dan  kerajinan.  Nilai-nilai  murni  yang  diterapkan  oleh  penulis  dalam  karya  mereka  dapat
                diaplikasikan oleh masyarakat demi kejayaan, kesejahteraan, kemakmuran, dan keharmonian hidup.

                      Selain  itu,  masyarakat  terutamanya  pelajar  dapat  memperluas  perbendaharaan  kata  melalui
                pembacaan karya sastera. Kita dapat mempelajari dan meneroka perkataan-perkataan baharu daripada

                pelbagai karya yang dibaca. Perkataan-perkataan ini dapat digunakan oleh pelajar khususnya untuk
                menghasilkan  penulisan  yang  baik.  Dengan  ini,  para  pelajar  dapat  meningkatkan  prestasi  dalam

                pelajaran.
                      Kesimpulannya, pembacaan karya sastera hendaklah dijadikan sebagai satu hobi kerana banyak

                memberikan faedah kepada kita. Ibu bapa, guru-guru, dan pihak kerajaan memainkan peranan yang
                penting bagi menggalakkan generasi pada masa ini membaca karya-karya sastera.








                                                             27                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         02 Lembaran DSKP_Tema 5-7.indd   27                                                             2/6/20   2:41 PM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18