Page 11 - top one bm tg4
P. 11

TEMA                                    Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Tema 7 Bahasa Bugar, Sastera Kekar


                     7            Bahasa Bugar, Sastera Kekar                            BUKU TEKS  ms. 129 – 144







                                                                                                  TP
                      KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
                 SP 1.5.2  Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul secara berhemah dan bertatasusila.

                Dengar petikan cerpen yang dibaca oleh guru. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan.


                  “Sekarang  baru  aku  sedar  tujuan  sebenar  RAJA  adalah  untuk  memasarkan  makanan  dan  ubat-
                  ubatan mereka sedangkan aku tidak ada hak untuk menentukan harga dedak dan harga ubat yang
                  dihantar. Aku harap mereka tidak sengaja memberi ubat yang salah supaya ayamku bertambah
                  sakit.  Dengan  cara  ini,  mereka  boleh  memberikan  lebih  banyak  ubat  dan  lebih  banyak  wangku
                  yang boleh dipotong.”
                        Azam meggeleng-geleng lagi,“Jabatan Haiwan kan ada. Takkan mereka tidak memantau? Kau
                  boleh adukan kepada mereka. Minta nasihat doktor veterinar jika ayam kau sakit.”
                        “Aku pun harap begitu. Aku harap kerajaan boleh buat sesuatu. Jangan biarkan penternak
                  kecil terperangkap dalam jerat syarikat besar.”
                        Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya, bagus juga. Kau tidak
                  payah mencari anak-anak ayam. Kau tidak payah keluar mencari dedak. Setiap musim syarikat
                  payung akan mengatur lori-lori untuk mengangkut ayam-ayam yang sudah besar.”
                        Hakim menjawab, “Ya, mereka hantar segalanya dengan harga yang mereka tentukan. Kini,

                  hidupku bergelumang dengan hutang. Setiap saat aku berhutang dengan RAJA. Kau fikirkan pula,
                  kalau  nasibku  malang dan nilai jualanku  kurang  daripada harga  dedak dan ubat  yang  mereka
                  bekalkan, bererti aku akan menanggung hutang kepada RAJA. Berhutang dan berhutang.”
                          (Dipetik daripada cerpen “Ayam, Kaduk dan Raja”, oleh Zurinah Hassan dalam antologi
                                               Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia)


                 1.  Apakah kelebihan penternakan cara kontrak yang dijalankan oleh Hakim?
                     Penternakan cara kontrak yang dijalankan oleh Hakim memudahkan urusan Hakim kerana dia
                     tidak perlu bersusah payah untuk mencari anak-anak ayam, dedak, ubat-ubatan, dan lori untuk
                     mengangkut ayam kerana barangan tersebut disediakan oleh syarikat payung.

                 2  Jelaskan persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
                     Persoalan  eksploitasi  syarikat  besar  dalam  bidang  perternakan.  Contohnya,  penternakan  cara

                     kontrak antara Hakim dengan Syarikat RAJA memberikan keuntungan kepada Syarikat RAJA
                     kerana Syarikat Raja berhak menentukan harga dedak dan ubat yang dibekalkan kepada Hakim.
                 3.  Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah  eksploitasi orang
                     tengah dalam bidang perternakan?   KBAT  Menilai

                     Untuk mengatasi masalah  eksploitasi orang tengah, penternak haruslah memasarkan  hasil
                     ternakannya sendiri. Selain itu, para penternak haruslah menubuhkan persatuan penternak agar

                     nasib mereka terbela dan mendapatkan khidmat egensi kerajaan untuk mendapatkan bantuan
                     bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.


                                                             25                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         02 Lembaran DSKP_Tema 5-7.indd   25                                                             2/6/20   2:41 PM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16