Page 4 - top one bm tg4
P. 4

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Tema 5 Demi Kedamaian


                                                                                                TP
                    KEMAHIRAN MEMBACA
               SP 2.1.2  2.1.2  Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.

              Baca dan lakonkan skrip drama di bawah ini dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.


                Haris, semalam kamu ada mendengar berita
                tentang beg tangan seorang penduduk di taman
                perumahan kamu diragut  sewaktu dia dalam
                perjalanan pulang ke rumahnya?



                                                        Ya, saya ada mendengar kisahnya daripada kumpulan
                                                        WhatsApp lorong saya. Kejadian berlaku di Lorong
                                                        Emas Putih 2. Mangsa terjatuh di tepi jalan raya akibat
                                                        ditolak oleh peragut. Mujurlah dia tidak mengalami
                                                        kecederaan  yang  serius,  hanya  luka-luka  kecil  di
                                                        muka, tangan, dan kaki.



                Saya  pernah  membaca  artikel  tentang  panduan
                keselamatan yang dapat kita amalkan untuk mengelakkan
                diri daripada menjadi mangsa ragut.  Pertama sekali,
                sekiranya kita berjalan kaki atau menunggang basikal,
                gunakanlah jalan yang selalu dilalui oleh orang ramai.
                Kedua, silangkan beg tangan kita di bahu dan berjalan
                di sebelah kanan jalan.


                                                       Ibu saya selalu berpesan kepada saya, semasa menaiki
                                                       atau turun  dari  kenderaan  awam  seperti bas,  teksi,
                                                       atau kereta api, jangan berasak-asak. Kita harus
                                                       menunggu sehingga keadaan sudah reda. Hal ini
                                                       untuk mengelakkan peragut melarikan beg, dompet,
                                                       atau barang kemas kita dalam keadaan sesak.




                Saya menyokong pesanan ibu kamu itu. Selain itu, sekiranya kita
                menggunakan lif, pastikan ada orang lain bersama-sama  kita.
                Sekiranya kita bersendirian dan mencurigai seseorang di dalam
                lif itu, kita haruslah keluar dari lif tersebut dengan segera.












              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               18






         02 Lembaran DSKP_Tema 5-7.indd   18                                                             2/6/20   2:41 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9