Page 8 - top one bm tg4
P. 8
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Tema 6 Sayangi Malaysiaku
TP
KEMAHIRAN MEMBACA
SP 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, buat kesimpulan tentang langkah-langkah
untuk memperkasakan patriotisme dalam kalangan rakyat.
Sebagai sebuah negara yang merdeka, patriotisme memainkan peranan penting dalam pembinaan
bangsa. Penganjuran pelbagai program dan kempen menyemarakkan patriotisme dalam kalangan
rakyat tidak seharusnya diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan sahaja, malahan
sepanjang tahun. Pelbagai langkah haruslah dilaksanakan bagi memperkasakan patriotisme.
Patriotisme dipupuk dari peringkat tadika sebelum disemarakkan pada peringkat
1
sekolah rendah, sekolah menengah, dan institusi pengajian tinggi.
Golongan pendidik menyuburkan semangat cinta akan negara dengan menyemai nilai
2
murni dalam jiwa murid-murid di bangku sekolah.
3 Kerajaan memperkasakan patriotisme melalui dasar-dasar yang relevan.
Ibu bapa membawa anak-anak melawat ke pelbagai tempat bersejarah dan membelikan
4
mereka buku yang mengandungi isu berkaitan dengan patriotisme.
Kesimpulan
Patriotisme merupakan benteng yang paling kukuh dalam mempertahankan kemerdekaan dan
maruah negara daripada segala bentuk ancaman. Oleh yang demikian, ketahanan diri dan semangat
sayang akan negara dalam kalangan rakyat perlulah sentiasa dipupuk oleh semua pihak di negara
tercinta ini.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 22
02 Lembaran DSKP_Tema 5-7.indd 22 2/6/20 2:41 PM

