Page 6 - top one bm tg4
P. 6

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Tema 5 Demi Kedamaian


                                                                                                TP
                     ASPEK TATABAHASA
               SP 5.2.3  Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata adjektif dengan betul mengikut konteks.

              Kenal pasti dan garisi kata adjektif dalam petikan di bawah ini. Kemudian, bina ayat menggunakan
              kata adjektif yang diberikan dengan betul.



                 Hutan dapat ditakrifkan sebagai satu komuniti pokok besar serta haiwan dan serangga yang
                 saling hidup meliputi kawasan yang sangat luas. Hutan di Malaysia jenis hutan hujan tropika
                 yang kedua terbesar di dunia. Hutan hujan tropika dipercayai merupakan ekosistem yang paling
                 tua di dunia dan di Malaysia. Hutan hujan tropika mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi
                 dan terdapat kepelbagaian spesies biologi.
                       Di negara ini, hutan hujan tropikanya membekalkan kayu keras di samping mengeluarkan
                 sumber hutan yang bukan kayu balak seperti rotan yang amat dikenali di seluruh dunia kerana
                 kecantikannya terserlah apabila direka bentuk menjadi perabot. Selain itu, hutan menyumbang
                 kepada pembangunan industri perubatan berasaskan herba, seperti misai kucing, mempisang,
                 medang, dan tongkat  ali. Hasil hutan yang lain ialah hasil bukan kayu seperti kayu gaharu,
                 karas, dan cendana yang digunakan untuk industri kosmetik kerana mengeluarkan bau wangi,
                 selain digunakan dalam upacara keagamaan.
                       Penerokaan hutan akan menimbulkan impak kepada suhu bumi, iaitu bumi semakin panas
                 dan seterusnya menyebabkan pelepasan tenaga sinaran daripada permukaan bumi yang akan
                 menimbulkan kesan rumah hijau. Sesungguhnya, hutan perlu dipelihara kerana membekalkan
                 udara yang segar, bersih, dan nyaman.


               1.  besar

                   Rumah yang dibina oleh Encik Ahmad untuk ibunya di kampung sangat besar.
               2.  tua

                   Kita perlulah berjimat cermat untuk simpanan pada hari tua nanti.

               3.  keras
                   Ayah terpaksa bekerja keras untuk menyara kami sekeluarga.

               4.  wangi
                   Bau bunga yang sedang mekar itu wangi sungguh.

               5.  hijau
                   Gadis yang berselendang hijau itu sepupu jiran saya.












              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               20






         02 Lembaran DSKP_Tema 5-7.indd   20                                                             2/6/20   2:41 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11