Page 20 - Hybrid PBD 2022 Form 1 - Sejarah
P. 20

Pengenalan Ilmu Sejarah
                  BAB

                        1             Mengenali Sejarah











                     FOKUS TOPIK


                  Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan
                             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                    •  Herodotus
                      Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa.
                    •  E. H. Carr
                      Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan
                      antara masa kini dengan masa lampau.
                    •  Ibn  Khaldun
                      Perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat
                      masyarakat itu.
                    •  Khoo Kay Kim
                      Apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada
                      masa kini dan menjamin kesilapan yang sama tidak berulang.
                    •  Muhd Yusof Ibrahim
                      Catatan atau rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa lalu.

                  Sumber Sejarah

                                               Sumber primer
                                             Bersifat asli, belum ditafsir, diolah atau dicetak. Fosil, artifak, batu bersurat, fail rasmi
                                             jabatan, dokumen rasmi, surat peribadi, diari dan manuskrip.


                                              Sumber sekunder

                                             Bahan  yang  telah  diolah,  diterbitkan  dan  tersebar  kepada  umum.  Buku,  jurnal,
                                             ensiklopedia, akhbar dan risalah.




                  Penyelidikan dalam  Sejarah

                                 Kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang ditulis, dipahat dan
                    Kaedah       dilakar. Tulisan tertua di Asia Tenggara dikesan di dinding gua, dipahat pada batu, ditulis pada
                    bertulis     kulit kayu, gading dan daun lontar. Dikaji juga daripada catatan harian seseorang, diari, catatan
                                 pengembaraan, dan fail rasmi kerajaan.



                    Proses mendapatkan maklumat melalui temu bual. Tokoh yang ditemu bual digelar orang sumber.   Kaedah
                    Orang sumber memberikan maklumat melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri.             lisan




                    Kaedah       Merupakan kajian secara saintifik untuk mencari makklumat daripada bahan tinggalan sejarah.
                   arkeologi     Menggunakan kaedah gali cari atau ekskavasi terhadap bahan tinggalan sejarah seperti fosil,
                                 tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu.






                                                                   1                                  © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.





         01 Hybird PBD Sej Ting 1.indd   1                                                                       27/09/2021   10:21 AM
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25