Page 24 - Praktis Pintar KSSR 2022 Tahun 4 - Penulisan
P. 24
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
Laporan
Model Soalan dan Jawapan
Kelab Usahawan sekolah kamu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kompleks Kraf Kuala
Lumpur. Sebagai setiausaha persatuan, kamu diminta untuk menulis laporan tentang lawatan itu.
Tulis laporan itu selengkapnya.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Kelab Usahawan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi telah mengadakan lawatan sambil
belajar ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Lawatan ini diadakan pada 28 Mac yang lalu. Sebanyak
40 orang ahli persatuan enam orang guru pengiring menyertai lawatan ini.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang perniagaan
barangan kraf tangan. Selain itu, lawatan ini juga bermatlamat untuk memperkenalkan hasil-hasil
seni kraf tangan yang menjadi kebanggaan negara suatu masa dahulu.
Kami tiba di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada pukul 10.00 pagi. Para peserta diberikan
peluang untuk meninjau gerai-gerai kraf tangan yang menjual barangan seperti batik, ukiran
kayu, tembikar, dan lain-lain.
Para peserta gembira kerana didedahkan dengan pelbagai teknik penghasilan kraf tangan.
Kami bertambah seronok apabila diberikan peluang untuk mempraktikkan ilmu tersebut melalui
tunjuk ajar daripada pempamer.
Selepas membeli kraf tangan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, rombongan pulang ke sekolah
semula. Lawatan ini berjaya menambah pengetahuan dan pengalaman para peserta tentang
perniagaan hasil kraf tangan.
Laporan disediakan oleh, 4 APRIL 2020.
Hakimie Tip
Tip
(HAKIMIE BIN RAZAK) Patuhi format penulisan laporan.
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Tajuk laporan Tarikh
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Pendahuluan Tandatangan pelapor
Isi-isi penting Nama pelapor
Penutup Jawatan pelapor
Pengakuan pelapor
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 34
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 34 22/07/2021 1:52 PM

