Page 25 - Praktis Pintar KSSR 2022 Tahun 4 - Penulisan
P. 25
Penulisan Tahun 4 Bahagian C
Praktis 1
Sebagai setiausaha aktiviti perkhemahan tahunan badan beruniform sekolah, kamu diminta untuk
menulis laporan tentang perkhemahan itu.
Nomborkan perenggan di bawah ini mengikut susunan yang betul, kemudian tulis karangan
semula.
Laporan Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan
Tanjung Harapan
Sebanyak 50 orang ahli badan beruniform yang terdiri daripada pengakap,
Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Puteri, dan Kadet Remaja Sekolah telah
menyertai perkhemahan tersebut. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas yang
telah disewa khas.
Pada hujung minggu yang lalu, badan beruniform Sekolah Kebangsaan Tanjung
Harapan telah mengadakan perkhemahan tahunan. Perkhemahan itu telah
diadakan di kawasan perkhemahan Tanjung Bujang.
Selepas mendirikan khemah, kami telah menjalani pelbagai aktiviti seperti ikatan,
asas pertolongan cemas, ikhtiar hidup, dan sebagainya. Pada malam hari, kami
telah berpeluang untuk menunjukkan bakat melalui aktiviti persembahan mengikut
kumpulan masing-masing.
Laporan disediakan oleh, 13 JUN 2020.
Nuraihan
(NURAIHAN BINTI ISMAIL)
Setiausaha Perkhemahan Tahunan,
Sekolah Kebangsaan Tanjung Harapan.
Sebaik-baik sahaja tiba di sana, kami telah dibahagikan kepada beberapa
kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan tugas seperti mendirikan khemah
dan mencari kayu api.
Kami tiba di sekolah pada pukul 6.00 petang. Walaupun letih, namun kami
sungguh gembira kerana dapat menimba pengalaman baharu.
Perkhemahan kami tamat selepas dua hari kami menjalani aktiviti. Selesai sahaja
upacara perasmian penutup, kami pun meruntuhkan khemah dan bersiap sedia
untuk pulang.
35 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
C PRAK KSSR PENULISAN T4.indd 35 22/07/2021 1:52 PM

