Page 33 - Ranger PT3 2022 Islam
P. 33
PELAJARAN 8 Penciptaan Manusia Bukti
Kekuasaan Allah SWT
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Tilawah Al-Quran
8.1 Ayat Bacaan dan Kefahaman
(Surah Ghafir: 67)
Maksudnya: Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani, kemudian daripada sebuku
darah beku, kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa anak kecil, kemudian kamu dipelihara sampai ke peringkat
dewasa, kemudian kamu (dipanjangkan umur) sampai menjadi tua, dan ada antara kamu yang dimatikan sebelum
itu. Supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan dan supaya kamu memahami kekuasaan Allah.
8.2 Inti Sari Ayat
1. Ayat ini menjelaskan tentang proses kejadian manusia oleh Allah SWT.
2. Allah SWT telah menjadikan manusia melalui beberapa peringkat, iaitu
bermula dengan air mani, kemudian menjadi sebuku darah beku, kemudian menjadi
anak kecil, kemudian dipelihara sehingga peringkat dewasa, kemudian menjadi tua
atau dimatikan sebelum waktu tua.
8.3 Proses Kejadian Manusia
1. Proses kejadian manusia merupakan satu bukti kekuasaan Allah SWT.
2. Manusia dijadikan melalui beberapa proses yang unik, teratur menurut sunah dan
sistem yang ditentukan Allah SWT.
3. Proses kejadian manusia menurut al-Quran:
1 Nutfah
• Nutfah merupakan pencampuran air mani yang dikenali sebagai sperma
(bagi lelaki) dan ovum (bagi perempuan).
• Sperma dan ovum berada di dalam rahim ibu selama 40 hari.
219
219
07.3 RANGER PT3 ISLAM.indd 219 22/03/2022 5:17 PM

