Page 36 - Ranger PT3 2022 Islam
P. 36

PELAJARAN  9                      Sedekah Kunci Kebaikan





           Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

                                      Hadis





                   9.1      Hadis dan Terjemahan



                                                          ُ ْ
                                    ْ
                            ٌ
                                                                                      َ
                                                                  ُ ٌ
                                          ُ
                                                                          َ
                  َ ل ُ جَّرلا  ُ نْيِعُتَو ،ةَقَد َ ص  ِ نْيَنثلإا َنْيَب لِدْعَت ، ُ سْم َّ شلا ِهيِف ُعلطَت مْوَي  َّ لك ةَقَد َ ص ِهْيلَع  ِ ساَّنلا َنِم ىَملا ُ س  ُّ لك ُ
                                                             ٍ
                                                                         َ
                              ُ
                         ْ
                                          َّ ُ َ
                                       ُ
                                                               َ
                                                    ٌ
                                  ٌ
                                                                   َ َ
                                                                                   َ
                                                                                ُ
                                                                            َ
                 اَهْي ِ شْمَت ٍةَوط ُ خ  ِّ لكِبَو ،ةَقَد َ ص ةَبِـّيطلا ةَمِلكْلاو ،ةَقَد َ ص ُهَعاَتَم اَهْيلَع ُهل ُعفْرَت ْوأ اَهْيلَع ُهلِم ْ حَتف ِهِتَّباَد يِف
                                                              َّ
                                                                     َ َ ُ
                                                                                          َ
                                                                                    َ
                                                                               ٌ
                                                      ٌ
                                                     .ةَقَد َ ص  ِ قْيِرطلا  ِ نَع ىذلأا طْيِمُتَو ،ةَقَد َ ص ِةلا َّ صلا ىلِإ
                 (Muttafaq Alaih)
                 Maksudnya: Setiap sendi ditubuh badan manusia ialah sedekah baginya, setiap hari yang terbit padanya matahari,
                 kamu berlaku adil terhadap dua orang bertelingkah ialah sedekah, kamu membantu seseorang yang menaiki
                 tunggangannya, atau kamu mengangkat barang-barang  ke atas tunggangannya ialah sedekah dan perkataan
                 yang  baik  ialah  sedekah,  dan  setiap  langkah  kamu  berjalan  untuk  menunaikan  solat  ialah  sedekah  dan  kamu
                 menghilangkan sesuatu yang berbahaya di jalan ialah sedekah.
                   9.2    Inti Sari Hadis
                 1.  Hadis di atas merupakan peringatan kepada umat Islam supaya membuat
                    kebaikan dengan bersedekah.
                 2.  Bersedekah boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti berlaku adil
                    terhadap dua orang yang bertelingkah, membantu seseorang menaiki
                    tunggangan, mengangkat barang-barang ke atas tunggangan, berkata
                    baik, berjalan kaki untuk menunaikan solat dan menghilangkan sesuatu
                    yang berbahaya dijalan.
                   9.3    Maksud Sedekah
                 1.  Sedekah dari segi  bahasa  bermaksud pemberian, manakala  dari segi  istilah
                    bermaksud sesuatu pemberian yang  bertujuan  untuk  mendekatkan  diri  kepada
                    Allah SWT.
                 2.  Memberi sedekah  adalah  sebagai  tanda bersyukur di atas  pelbagai  nikmat yang
                    Allah SWT kurniakan.


                                                    222
                                                    222




         07.3 RANGER PT3 ISLAM.indd   222                                                   22/03/2022   5:17 PM
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41