Page 35 - Ranger PT3 2022 Islam
P. 35
Pendidikan Islam PT3 Pelajaran 8 Penciptaan Manusia Bukti Kekuasaan Allah SWT
Tua • Daya fizikal semakin lemah.
• Namun pengalaman hidup yang telah dilalui sangat berharga
untuk dijadikan pedoman kepada generasi yang berikutnya.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Mati Kematian menyedarkan kita untuk memanfaatkan kehidupan
dengan perkara yang memberikan kebaikan kepada diri sendiri
dan orang lain.
8.5 Bukti Kekuasaan Allah SWT pada Penciptaan
Manusia
1. Antara bukti kekuasaan Allah melalui kejadian manusia:
(a) Proses kejadian manusia adalah unik, rapi dan teratur berdasarkan
sistem yang diatur oleh Allah yang Maha Pencipta.
(b) Proses penciptaan anggota manusia seperti telinga, mata, jantung
dan lain-lain anggota diletakkan di tempat yang sesuai dan
berfungsi dengan baik.
(c) Tiupan roh yang tidak dapat dikaji oleh ahli sains membuktikan
kekuasaan Allah SWT.
(d) Pengurniaan akal kepada manusia yang mampu berfikir, berusaha dan
mencipta sesuatu membuktikan kekuasaan Allah SWT.
8.6 Pengajaran Ayat
Kita hendaklah meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa mencipta manusia
dengan sangat sempurna agar kita menjadi hamba yang bertakwa.
Kita hendaklah menghargai anggota badan ciptaan Allah SWT kerana manusia
merupakan sebaik-baik kejadian.
PRAKTIS SUMATIF
PRAKTIS SUMATIF 3
1. Kemukakan dua bukti kehebatan kekuasaan Allah SWT melalui penciptaan dan
kejadian manusia.
221
07.3 RANGER PT3 ISLAM.indd 221 22/03/2022 5:17 PM

