Page 28 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 28

Bab 2
                                                            - setiap soalan karangan diberikan sumber petikan.
                                                            - Setiap soalan disertakan domain pembelajaran.
                BAB 1 2                                        Dulu - (lebih 350 pp)
                                                            - perubahan jumlah patah perkataan

                                                               Kini  - (antara 350 hingga 500 pp)
                                                           - Perubahan dari segi bilangan soalan
                              Karangan Esei
                                                             Dulu -  ( 5 soalan jawab 1)
                                                              Kini - ( 4 Soalan jawab satu)


                                                          Informasi tentang
                                                          keperluan peperiksaan
           Keperluan Peperiksaan SPM
                                                          SPM terkini (2021)
                  Soalan                              Skop Soalan                       Markah / Masa

            Bahagian B [Kertas 1]  •  Menulis satu karangan daripada empat kombinasi soalan.  100 markah /
                                                                                         1 jam 30 minit
                                •  Antara jenis karangan seperti:
                                  –  surat kiriman rasmi   –  wawancara / dialog
                                  –  surat kiriman tidak rasmi  –  ucapan / syarahan / ceramah
                                  –  laporan
                                  –  berita / rencana akhbar   –  cereka / pengalaman / imaginasi
                                  –  fakta
                                •  Panjangnya karangan hendaklah antara 350 hingga 500 patah
                                  perkataan.


           Panduan Menjawab Soalan

             1.  Baca dan teliti arahan soalan. Pilih soalan yang anda benar-benar faham akan maksud dan
                kehendaknya.
             2.  Bina rangka karangan yang mengandungi:
                (a)  Pendahuluan – Ditulis dalam satu perenggan.

                (b)  Isi-isi – Sekurang-kurangnya empat isi utama.
                (c)  Penutup – Cadangan atau pandangan untuk menyimpulkan idea.

             3.  Pendahuluan yang dibina hendaklah menarik supaya menambahkan minat pemeriksa
                terhadap karangan yang anda tulis. Pendahuluan boleh terdiri daripada jenis definisi,
                pendapat, peribahasa, suasana, persoalan, atau sejarah.

             4.  Pastikan isi karangan anda mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Selain itu,
                anda digalakkan agar menyentuh isu-isu semasa yang boleh didapati melalui akhbar atau
                majalah.

             5.  Bagi karangan berformat khusus, patuhilah format yang sebenar agar anda tidak kehilangan
                markah.

             6.  Gunakan tatabahasa yang betul, kosa kata yang tepat dan luas, ragam ayat yang bervariasi,
                serta ungkapan yang menarik.









           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               16
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33