Page 29 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 29

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 2 Karangan Esei
              Tugasan Berpandu      1


             Tulis sebuah karangan  yang panjangnya  antara 350 hingga 500 patah perkataan berdasarkan soalan di
             bawah ini.

    Sumber
                 Penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa mempunyai potensi besar dalam perkembangan
    petikan
                 industri pelancongan negara.
                     Acara sukan bertaraf antarabangsa kebiasaannya berlangsung selama beberapa hari dan
                 mendapat liputan yang meluas daripada media asing serta tempatan. Secara tidak langsung,
                 acara ini berjaya mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
                     Antara penganjuran sukan antarabangsa termasuklah Le Tour de Langkawi, Kejohanan
                 Golf Terbuka Malaysia, Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP), Ironman Langkawi, dan
                 Towerthon.
                                (Dipetik daripada rencana,  “Sukan : Penganjuran Sukan Antarabangsa bantu
                               Promosi Malaysia” oleh  Mohamed Razip Hassan, Bernama, 11 Disember 2019)


             Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa penganjuran sukan bertaraf antarabangsa di negara kita
             mampu untuk melonjakkan industri pelancongan. Sebenarnya, banyak lagi manfaat yang dapat kita
             peroleh menerusi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa di negara kita.
             Bincangkan kepentingan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa di negara kita.   Domain: Kerjaya
                                                                 Domain
              Rangka Karangan                                     Pembelajaran



                                   kegiatan sukan amat dititikberatkan pada semua peringkat – siaran-siaran
                                   sukan yang disiarkan secara langsung terutama pada peringkat antarabangsa
                  Pendahuluan      dapat menarik minat yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia –
                                   penganjuran sukan bertaraf antarabangsa banyak memberikan sumbangan



                  Isi-isi relevan      Huraian           Contoh            Kesan           Kesimpulan
              (a)  memupuk minat   menarik minat     negara kita      perpaduan         penganjuran
                 dan semangat
                                   anak muda         mengadakan       kaum dapat        sukan
                 kesukanan yang
                 tinggi            berkecimpung      sukan            dipupuk kerana    antarabangsa
                                   dalam kegiatan    antarabangsa     setiap perlawanan  dapat memupuk

                                   sukan yang        seperti Sukan    melibatkan        semangat
                                   diminati          SEA dan Sukan    kerjasama         kesukanan yang
                                                     Komanwel         pelbagai pihak    tinggi
                                                                      dan kaum




                                                          17                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34