Page 31 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 31
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
(e) mengharumkan sukan dalam Sukan sekiranya penganjuran
nama negara
antarabangsa Olimpik Musim bidang sukan sukan
membuktikan Panas 2012, giat dijalankan, antarabangsa
bahawa Pandelela pasti negara membolehkan
Malaysia juga Rinong kita dapat atlet-atlet
boleh bersaing merangkul melahirkan Malaysia
dengan negara pingat gangsa atlet-atlet yang mengharumkan
lain dalam acara berkebolehan nama negara
terjun
penganjuran sukan bertaraf antarabangsa menyumbangkan faedah kepada
masyarakat Malaysia dan negara – sukan seperti ini wajar diadakan –
bukan sahaja bermanfaat dari aspek ekonomi tetapi juga mampu untuk
Penutup
menyatupadukan bangsa Malaysia untuk menjayakan sukan yang penuh
mencabar dan berprestij
Tugasan Berpandu 2
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan berdasarkan soalan di bawah
ini.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah meluahkan keyakinan
beliau bahawa negara kita mampu untuk menjadi pusat kepada pelancongan kesihatan
berdasarkan usaha padu yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak.
Bidang itu juga mampu untuk menjadi antara penyumbang pertumbuhan ekonomi negara
pada masa akan datang.
Berdasarkan statistik pada tahun 2017, sektor itu mencatatkan perolehan kira-kira RM1.3
bilion dengan lebih daripada satu juta kedatangan pelancong kesihatan.
Pertumbuhan tersebut menyumbang lebih daripada RM3 bilion kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar.
(Dipetik daripada rencana, “Malaysia Syurga Pelancongan Kesihatan” oleh Azimah Ghazali
dan Naimah Muhammad, Sinar Harian Online, 3 Julai 2019)
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa faktor kemajuan industri perubatan di negara kita mampu
untuk melonjakkan kedatangan pelancongan kesihatan ke negara kita. Hakikatnya, banyak faktor lain
yang mampu untuk menjadi daya penarik kepada pelancong luar untuk melancong di negara kita.
Huraikan faktor-faktor yang menjadi daya penarik pelancong luar untuk berkunjung ke negara kita.
Domain: Awam
19 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

