Page 11 - Ranger PT3 Sains 2020
P. 11

Sains PT3  Bab 2  Sel sebagai Unit Asas Hidupan
            Organisma Unisel dan Organisma Multisel
                                  Jadual 2.2  Organisma unisel dan multisel
                        Organisma Unisel                      Organisma Multisel
             1. Organisma unisel  ialah  organisma  yang  1. Organisma multisel ialah  organisma yang
               terdiri daripada satu sel sahaja.      terdiri daripada banyak sel.
             2.  Organisma  ini  juga  dikenali  sebagai 2. Terdapat beberapa  organisma multisel
               mikroorganisma  kerana  saiznya  yang  dikenali sebagai mikroorganisma.
               sangat seni dan hanya boleh dilihat dengan
               menggunakan mikroskop.
             3. Organisma unisel haiwan:                                                         1


                                                         Hydra     Spirogyra sp.  Mucor
                  Paramecium sp.   Amoeba sp.      3. Organisma multisel  yang  lain terdiri
             4. Organisma unisel tumbuhan:            daripada berjuta-juta sel  dengan bentuk
                                                      saiz dan fungsi yang berbeza.
                                                   4.  Contoh  organisma  multisel  haiwan ialah
                                                      mamalia, reptilia, amfibia, serangga, burung
             Chlamydomonas sp.  Eugiena sp.  Yis      dan ikan.
                                                   5. Contoh  organisma  multisel  tumbuhan  ialah
                                                      paku-pakis, tumbuhan berbunga dan alga.


               SUDUT INFO
               Organisma  ialah semua benda hidup  yang boleh  menjalankan proses hidup  seperti
               pembiakan, pertumbuhan, respirasi, pencernaan dan perkumuhan.

            Pembentukan Suatu Organisma
              1.  Organisma multisel seperti manusia terdiri daripada berjuta-juta sel sebagai unit
                asas.
              2.  Sel-sel khusus yang sama kemudian bekerjasama membentuk tisu untuk menjalankan
                fungsi tertentu.
              3.  Gabungan beberapa kumpulan tisu yang berbeza membentuk organ.
              4.  Satu kumpulan organ yang bekerjasama untuk menjalankan suatu fungsi tertentu
                akan membentuk satu sistem.
              5.  Organisasi sel, tisu, organ dan sistem membentuk organisma yang sempurna.
                              Sel    Tisu   Organ  Sistem   Organisma









                            Sel otot  Tisu licin  Perut  Sistem  Manusia
                                                    percernaan
                               Rajah 2.5  Organisasi sel dalam manusia


 24                                                                                        25





   02 Ranger sains PT3 Bab 2 Ting.1.indd   25                                         07/05/2019   2:13 PM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16