Page 7 - Ranger PT3 Sains 2020
P. 7
Sains PT3 Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Hidupan
2.1 Sel-Struktur, Fungsi dan Organisasi
1. Sel adalah unit asas bagi semua hidupan.
2. Sel merupakan unit terkecil dalam organisma hidup.
3. Sel sangat kecil dan hanya boleh dilihat di bawah mikroskop.
4. Sel menjalankan proses-proses hidup seperti respirasi, pembahagian, perkumuhan,
pencernaan, pembiakan dan pertumbuhan.
1
SUDUT INFO
• Sel normal membahagi secara terkawal untuk Pembentukan tumor
tumbesaran dan menggantikan sel yang telah mati
atau rosak.
• Sel kanser membahagi secara berterusan dan tidak
terkawal walaupun tidak diperlukan lalu membentuk
tumor. Sel normal
Pembahagian sel
kanser tidak terkawal
5. Sel hidupan wujud dalam pelbagai saiz dan bentuk serta mempunyai fungsi yang
berbeza.
Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan
1. Benda hidup seperti haiwan dan tumbuhan terdiri daripada sel.
2. Rajah 2.1 menunjukkan struktur sel haiwan.
Membran Mitokondria
sel
Sel haiwan
• Unit asas bagi semua haiwan dan manusia. Nukleus
• Mempunyai bentuk tidak tetap.
Sitoplasma
Rajah 2.1 Sel haiwan
3. Rajah 2.2 menunjukkan struktur sel tumbuhan.
Membran sel
Sel tumbuhan Sitoplasma Kloroplas
• Unit asas bagi tumbuhan.
Vakuol Nukleus
• Mempunyai bentuk tetap kerana sel dikelilingi
oleh dinding sel. Mitokondria Dinding sel
Rajah 2.2 Sel tumbuhan
PB 21
02 Ranger sains PT3 Bab 2 Ting.1.indd 21 07/05/2019 2:13 PM

