Page 8 - Ranger PT3 Sains 2020
P. 8
Sains PT3 Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Hidupan
SUDUT INFO
• Sel haiwan lebih kecil berbanding dengan sel tumbuhan.
• Kedua-dua sel haiwan dan tumbuhan mempunyai nukleus, sitoplasma, membran sel
dan mitokondria.
4. Setiap struktur sel mempunyai fungsi yang berbeza.
Jadual 2.1 Fungsi struktur dalam sel
Struktur Fungsi
Membran sel Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel
Dinding sel (Terdapat dalam Memberi sokongan, perlindungan dan bentuk tetap pada sel
sel tumbuhan sahaja) tumbuhan
1
Sitoplasma Tempat di mana tindak balas biokimia berlaku
Nukleus • Mengawal semua aktiviti sel
• Mengandungi kromosom yang terdiri daripada asid
deoksiribonukleik (DNA) yang membawa maklumat genetik
Mitokondria Bertindak sebagai tapak penjanaan tenaga
Vakuol (Terdapat dalam sel Menyimpan air, cecair dan bahan makanan
tumbuhan sahaja. Jika ada
di dalam sel haiwan, saiznya
adalah kecil)
Kloroplas (Terdapat dalam Mengandungi klorofil untuk memerangkap cahaya semasa
sel tumbuhan hijau sahaja) proses fotosintesis
Cara Penyediaan Slaid Sel Haiwan
Tujuan: Menyediakan slaid sel haiwan dengan menggunakan sel pipi manusia
Bahan dan radas: Larutan metilena biru, air suling, pencungkil gigi, kertas
turas, slaid kaca, penutup kaca, jarum tenggek, forseps, penitis dan mikroskop
cahaya.
Prosedur Rajah
1. Sebatang pencungkil gigi digunakan untuk mengikis
bahagian dalam pipi secara perlahan-lahan.
2. Air suling dititiskan pada slaid kaca. Selapisan nipis sel
pipi yang diperoleh disapukan ke atas slaid kaca. Air
suling
Kikisan Pencungkil gigi
pipi
22 23
02 Ranger sains PT3 Bab 2 Ting.1.indd 22 07/05/2019 2:13 PM

