Page 19 - Praktis Hebat PT3 2022 - Tg 2 Bahasa Melayu
P. 19

PRAKTIS PT3            Pemindahan Maklumat                                        KERTAS 1
                   3








                  Bahagian    C   ULASAN/ RINGKASAN/ RUMUSAN
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

                    Panduan  Menjawab  Soalan  Ulasan

                    1.  Dalam bahagian ini, murid diminta untuk menulis ulasan berdasarkan bahan rangsangan yang
                      diberikan dalam bentuk gambar, peta, gambar rajah, jadual, atau poster.
                    2.  Murid perlu memahami bahan rangsangan dengan teliti.
                    3.  Murid perlu menganalisis bahan rangsangan yang diberikan secara kritis dengan memberikan
                      tumpuan kepada skop tajuk dan isu berkaitan yang ingin dibincangkan.
                    4.  Murid perlu membuat rangka karangan untuk memudahkan murid menulis ulasan.
                    5.  Ulasan hendaklah mempunyai pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup.
                      (a)  Pendahuluan:
                          •  Membincangkan tema secara ringkas, gramatis, dan tepat.
                          •  Contoh: Amalan berhemat sangat penting dan boleh dilakukan melalui pelbagai cara.
                      (b)  Isi-isi penting:
                          •  Mengandungi isi tersurat dan isi tersirat.
                          •  Menulis sekurang-kurangnya tiga isi tersurat/ isi tersirat.
                          •  Contoh:

                                   Isi tersurat                             Isi tersirat
                       Antara amalan berhemat ialah       Hal  ini dapat menjimatkan wang saku yang
                       membawa bekalan makanan dan        diberikan oleh ibu bapa dan wang tersebut dapat
                       minuman ke sekolah.                digunakan untuk membeli barang keperluan lain.


                      (c)  Penutup:
                          •  Membuat rumusan tentang isi yang dibincangkan.
                          •  Menggunakan  perkataan  yang  memberikan  maksud  penulisan  ulasan  akan  berakhir
                             seperti kesimpulannya, tegasnya, konklusinya, atau tuntasnya.
                          •  Contoh:  Kesimpulannya,  amalan  berhemat  perlu  diamalkan  oleh  setiap  orang  dalam
                             kehidupan seharian.

                    6.  Panjang ulasan yang ditulis mestilah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
                    7.  Murid perlu memfokuskan penggunaan kosa kata yang luas serta bahasa yang gramatis.
                    8.  Gunakan penanda wacana untuk menghubungkan ayat-ayat.











                                                             47                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         Praktis 3.indd   47                                                                          17/02/2022   10:55 AM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24