Page 23 - Praktis Hebat PT3 2022 - Tg 2 Bahasa Melayu
P. 23
Bahasa Melayu Ting. 2 Praktis 3 Pemindahan Maklumat
Panduan Menjawab Soalan Ringkasan
1. Dalam bahagian ini, murid diminta untuk menulis ringkasan berdasarkan satu petikan umum.
2. Murid perlu menulis ringkasan dengan memasukkan sekurang-kurangnya lima isi penting.
3. Murid perlu menulis ringkasan dalam satu perenggan dengan ayat yang gramatis.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
4. Murid perlu memfokuskan penggunaan kosa kata yang luas serta bahasa yang gramatis.
5. Gunakan penanda wacana untuk menghubungkan ayat-ayat.
LATIHAN 4
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
langkah-langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Konsep kejiranan serta persaudaraan mesti dikekalkan oleh masyarakat pelbagai kaum tanpa
mengira peringkat umur dan latar belakang. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan, sikap
sayang-menyayangi dan bantu-membantu dapat mewujudkan kekuatan dalam kalangan rakyat.
Untuk meningkatkan semangat kejiranan, masyarakat perlu mengaktifkan diri melalui
persatuan masyarakat seperti rukun tetangga. Kini, aktiviti rukun tetangga semakin meluas
fungsinya seperti mengadakan aktiviti pendidikan, sukan, rekreasi, kesihatan, kebudayaan, dan
ekonomi. Rukun tetangga perlu berbincang dan bersepakat dalam melaksanakan program yang
bersesuaian dengan pelbagai lapisan masyarakat demi kemaslahatan penduduk.
Selain itu, masyarakat perlu mempunyai kesedaran untuk berubah. Janganlah menjadi seperti
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula perlu
berusaha untuk mengintegrasikan aspek kepolisan, masyarakat, dan teknologi terkini dalam usaha
membendung kes jenayah. Rakan Cop yang diperkenalkan adalah untuk membentuk interaksi
dua hala antara polis dengan masyarakat serta menggalakkan pembabitan orang ramai dalam
penyaluran maklumat.
Di samping itu, media massa berperanan penting dalam menyemarakkan semangat
kejiranan. Misalnya, pihak media memaparkan artikel, dokumentari, dan program penyiaran yang
menekankan kepentingan semangat kejiranan dan perpaduan di Malaysia. Segala usaha untuk
memupuk semangat kejiranan memerlukan kerjasama semua pihak.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Hidup Berjiran
Muafakat Masyarakat’, Dewan Bahasa, Julai 2011
51 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis 3.indd 51 17/02/2022 10:55 AM

