Page 24 - Praktis Hebat PT3 2022 - Tg 2 Bahasa Melayu
P. 24

Bahasa Melayu  Ting. 2  Praktis 3  Pemindahan Maklumat










                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.












              LATIHAN 5

              Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
              cara-cara memartabatkan  penggunaan  bahasa  Melayu. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
              tidak melebihi 100 patah perkataan.  Anda digalakkan  supaya menggunakan ayat anda sendiri
              tanpa mengubah maksud asal petikan.


                Usaha memartabatkan  bahasa Melayu  sebagai  bahasa  kebangsaan  bergantung  pada  kefahaman,
                penglibatan,  dan komitmen  padu semua pihak.  Antaranya termasuklah  usaha memperkasakan
                penggunaan bahasa Melayu itu sendiri, iaitu dengan cara meletakkannya di tempat yang penting
                dan digunakan sepenuhnya dalam majlis rasmi. Isu bahasa rojak yang tidak pernah selesai malahan
                bertambah buruk sehingga menjejaskan bahasa Melayu wajar diberikan perhatian yang serius.
                     Kesilapan tatabahasa  dan ejaan masih banyak berlaku dalam media cetak dan penyiaran.
                Sesetengah warga media berpendapat bahawa fungsi bahasa hanyalah untuk menyampaikan mesej.
                Sekiranya hal yang disampaikan dapat difahami, maka hal itu dianggap memadai. Oleh itu, pihak
                berwajib harus mewujudkan keseragaman dan keselarasan dalam penggunaan bahasa agar diikuti
                oleh warga media.
                     Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh menjadi orang tengah  untuk menyatukan  dan
                menyelaraskan hal yang berkaitan dengan bahasa. Bagi merealisasikan peranan yang diberikan,
                DBP perlu terlebih dahulu menyeragamkan semua hal yang berkaitan dengan penerbitan, khususnya
                yang melibatkan pedoman bahasa seperti kamus, glosari istilah, dan kamus istilah. Pedoman dan
                khidmat nasihat dalam talian melalui laman web DBP perlu diberikan perhatian yang sewajarnya
                supaya selaras dan seragam dengan terbitan.
                     Isu bahasa  kebangsaan  yang  ditimbulkan  sekarang  bukan  hanya  tertumpu  kepada  masalah
                tatabahasa  dan linguistik  semata-mata,  tetapi  juga tentang  pandangan  dan sikap orang bukan
                Melayu. Jika orang Melayu sendiri mempunyai sikap negatif terhadap bahasa Melayu sehingga
                meminggirkan  bahasa  Melayu, bagaimanakah  kita  hendak mengharapkan  orang bukan Melayu
                menghormati bahasa ini?
                                     Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Memartabatkan Bahasa Melayu
                                                    sebagai Bahasa Kebangsaan’, Dewan Bahasa, Julai 2011





              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               52






         Praktis 3.indd   52                                                                          17/02/2022   10:55 AM
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29