Page 33 - Amali Proses Sains T5 (EG)
P. 33
Sains Tingkatan 5 Pembelajaran Berasaskan Projek
Standard Kandungan 5.2 Hidrokarbon SP 5.2.3 TP 6 PAK-21 STEM
Pembelajaran Berasaskan Projek 1
Menghasilkan Gas Metana daripada Sisa Makanan Kantin Sekolah
Producing Methane Gas from School Canteen Food Waste
Objektif: Menghasilkan gas metana daripada sisa makanan kantin sekolah berasaskan projek melalui pendekatan
STEM
Objective: Producing methane gas from school canteen food waste based on projects using the STEM approach
Tugasan ini menggunakan langkah yang terdapat dalam Model 5E.
This assignment is carried out using steps in the 5E model.
Penglibatan • Guru mendedahkan topik yang hendak dibincangkan kepada murid menggunakan suatu bahan rangsangan demi
Engage menguji pengetahuan murid.
The teacher exposes the topic of discussion using stimulus material to test student knowledge.
• Murid membuat persoalan tentang topik tersebut dengan kaedah 5W1H.
Student makes questions based on the topic using the 5W1H method.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
1. Kaji pernyataan berikut dan tonton video dalam pautan video di bawah:
Study the following statement and watch a video in the video link below:
Tempat pelupusan sampah membebaskan gas karbon dioksida dan gas metana (biogas) hasil daripada
pereputan bahan buangan organik. Terdapat negara yang menggunakan gas metana untuk menjanakan
tenaga elektrik.
Rubbish disposal sites release carbon dioxide and methane gases (biogas) as a result of organic waste decay. There are some countries
which use methane gas to generate electrical energy.
Pautan video / Video link:
https://qr.pelangibooks.com/?u=7xkFZAJc
2. Bincang dengan ahli kumpulan dan catatkan tiga persoalan mengenai pelupusan bahan buangan organik.
Discuss with group members and write down three questions about the disposal of organic waste.
• Bagaimanakah gas metana dihasilkan daripada sisa makanan organik?
How does methane gas is produced from organic food waste?
• Bagaimanakah pencernaan anaerobik bermula dalam tangki pencernaan?
How does anaerobic digestion work in the digester chamber?
• Mengapakah sisa organik harus ditukarkan kepada biogas?
Why organic waste should be converted into biogas?
Pembelajaran Berasaskan Projek Penerokaan Murid mencari jawapan kepada persoalan yang dikemukakan di Fasa 1 dengan menjalankan penyelidikan untuk
mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan topik tersebut, sama ada secara individu atau kumpulan.
Explore
Student finds the answers to questions stated in Phase 1 by conducting research to gather information regarding the topics, individually or
in a group.
1. Senaraikan carian rujukan ilmiah dalam penyelidikan anda berserta maklumat yang diperoleh:
List the reference in your research with the information gained:
Pautan laman web / Website link:
https://qr.pelangibooks.com/?u=BjklaDza
Maklumat / Information:
Modul Teknologi Hijau Sains, CETREE USM (Tajuk: Sisa Menjadi Wira Hijau, muka surat 28 – 32).
Modul Teknologi Hijau Sains, CETREE USM (Title: Sisa Menjadi Wira Hijau, page 28 – 32)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 202

