Page 41 - Mahir PBD KSSR 2022 Thn 5 - Bahasa Melayu
P. 41
Tarikh: .......................
Tema 1: Kemasyarakatan
UNIT
1 Masyarakat Penyayang
Modul PBD Praktis DSKP TP
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Halaman Buku Teks: 2
Standard Pembelajaran
1.2.2 Bertutur dan menghuraikan maklumat tersurat dan tersirat yang dikenal pasti dengan menggunakan idea yang kritis dan
kreatif.
Dengar petikan. Kemudian, lengkapkan dialog berdasarkan maklumat tersurat dan
tersirat dalam petikan tersebut. Lafazkan dialog. KBAT Menilai
KBAT
TRACK 1
Rajan: Perdana Menteri kita mahu rakyat Malaysia mencari titik pertemuan yang dapat
menekankan nilai kebersamaan.
Husna: Mengapakah beliau mahu rakyat Malaysia mencari titik pertemuan yang dapat
menekankan nilai kebersamaan?
Rajan: Negara kita ini terdiri daripada masyarakat yang berbagai-bagai kaum dan agama.
Oleh itu, Perdana Menteri kita mahu rakyat Malaysia mencari titik pertemuan yang dapat
menekankan nilai kebersamaan supaya dapat memupuk perpaduan antara penganut
pelbagai agama di negara ini.
Mei Ling: Bagaimanakah cara untuk menjadikan harapan beliau sebagai kenyataan?
Rajan: Cara untuk menjadikan harapan beliau sebagai kenyataan adalah dengan mengamalkan
nilai kasih sayang dan hormat-menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan
ini sangat dititikberatkan dalam setiap agama kerana dapat memupuk keamanan dan
kestabilan negara.
Husna: Nilai tersebut juga menjadikan kita bersatu padu. Apabila negara dilanda musibah,
setiap rakyat turut bersedih dan bersimpati tanpa mengira latar belakang bangsa dan
agama.
Rajan: Betul, Husna. Apabila berlaku musibah, rakyat Malaysia akan berdoa mengikut agama
masing-masing seolah-olah mereka turut terlibat dalam musibah tersebut. Hal ini ibarat,
cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.
Aktiviti Main Peranan
• Murid diberikan peranan watak yang terdapat dalam dialog.
• Lakonkan bersama rakan kamu.
Tandatangan Guru: Tarikh:
1 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
01 PERFECT PBD BM T5 2P.indd 1 16/08/2021 10:54 AM

