Page 46 - Mahir PBD KSSR 2022 Thn 5 - Bahasa Melayu
P. 46
Bahasa Melayu Tahun 5 Unit 2 Kerjasama Eratkan Hubungan
Modul PBD Praktis DSKP TP
Kemahiran Membaca
Halaman Buku Teks: 8
Standard Pembelajaran
2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons.
Baca petikan di bawah. Fahami maklumat tersirat dan berikan respons.
8.00 pagi
Aku dan ahli Skuad Khidmat Bakti berganding bahu semasa membungkus
makanan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir. Makanan itu
dimasak secara gotong-royong oleh para sukarelawan yang terdiri daripada
berbilang kaum. Terdapat juga barangan keperluan seperti selimut dan
pakaian didermakan oleh pelbagai pihak yang bermurah hati. Rupa-
rupanya masih banyak lagi manusia yang bersikap budiman dan prihatin
terhadap kesusahan orang lain.
10.00 pagi
Kami sampai di pusat pemindahan. Kami dimaklumkan bahawa terdapat
lebih kurang 100 orang mangsa banjir daripada 20 keluarga ditempatkan
di situ. Kami segera mengagih-agihkan makanan dan barang keperluan
yang dibawa. Raut wajah mereka berseri-seri apabila melihat kami. Air
muka mereka yang tadi kelihatan muram kini lebih ceria. Kami berbesar hati
kerana dapat membantu mereka walaupun sumbangan kami kecil sahaja.
Maklumat tersirat Respons
Sumbangan makanan yang dimasak Nilai murni, iaitu perpaduan, kasih sayang,
oleh para sukarelawan yang terdiri
daripada berbilang kaum secara dan kerjasama wujud daripada aktiviti
bergotong-royong selain barangan membantu mangsa banjir.
keperluan telah menggembirakan
mangsa banjir.
Tandatangan Guru: Tarikh:
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6
02 PERFECT PBD BM T5 2P.indd 6 16/08/2021 10:55 AM

