Page 43 - Mahir PBD KSSR 2022 Thn 5 - Bahasa Melayu
P. 43
Bahasa Melayu Tahun 5 Unit 1 Masyarakat Penyayang
Modul PBD Praktis DSKP TP
Kemahiran Menulis
Halaman Buku Teks: 4
Standard Pembelajaran
3.1.1 Menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai.
Tulis ayat yang berhuruf tebal dalam perenggan di bawah dalam bentuk tulisan berangkai.
Pagi ini, aku ke sungai lagi sambil menggalas batang pancing yang dibuat
daripada batang bemban. Aku ke sana berbekalkan sebungkus nasi goreng
yang dimasak oleh ibu dan sebotol air kosong.
Sedang aku seronok melayan kedinginan air sungai, tiba-tiba kedengaran
suara jeritan meminta tolong. Sepantas kilat aku berlari ke arah suara tersebut.
Aku melihat seseorang terkapai-kapai dibawa arus sungai yang agak deras.
Aku terjun ke sungai dan menariknya ke tebing sungai. Rupa-rupanya, orang
yang aku selamatkan itu ialah Amir. Dia kelihatan sangat lemah.
Sebaik-baik sahaja tersedar, Amir terus memelukku dan memohon maaf
atas perbuatannya sebelum ini. Dia berterima kasih kerana aku masih sudi
menyelamatkan nyawanya walaupun dialah yang telah memukulku beberapa
hari yang lalu. Akhirnya, kami menjadi sahabat baik hingga kini. Persahabatan
kami seperti isi dengan kuku.
Galeri Peribahasa Kosa Kata
seperti isi dengan kuku – persahabatan • menggalas – memikul
yang sangat karib • bemban – sejenis tumbuhan
Sebaik-baik sahaja tersedar, Amir terus memelukku dan memohon
maaf atas perbuatannya sebelum ini. Dia berterima kasih kerana
aku masih sudi menyelamatkan nyawanya walaupun dialah yang
telah memukulku beberapa hari yang lalu. Akhirnya, kami menjadi
sahabat baik hingga kini. Persahabatan kami seperti isi dengan
kuku.
Praktis PdPR Jawapan
GURU
GURU
GURU Tema 1 GURU Praktis PdPR
Tema 1
Tandatangan Guru: GURU Tarikh:
GURU
GURU
GURU
3 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
01 PERFECT PBD BM T5 2P.indd 3 16/08/2021 10:54 AM

