Page 15 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 15
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• mengurangkan perbelanjaan – berbelanja secara berhemah
• melakukan pekerjaan sampingan – menambahkan pendapatan
• majikan perlu mengurangkan kos operasi – penjimatan guna tenaga
• mengurangkan penggunaan petrol – berkongsi kenderaan atau menggunakan pengangkutan awam
• kerajaan harus mengurangkan cukai, menambahkan bantuan kepada golongan miskin, dan memajukan
sistem pengangkutan awam
Model Ulasan Mantap
Kenaikan harga petroleum tidak dapat dielakkan. Kenaikan ini telah menimbulkan
pelbagai kesan seperti kenaikan harga barangan. Langkah-langkah perlu diambil untuk
menanganinya. Antaranya adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Kita perlu berbelanja
secara berhemat, utamakan keperluan, dan elakkan pembaziran. Di samping itu, kita boleh
melakukan kerja sambilan untuk menambahkan pendapatan. Pihak majikan pula boleh
mengurangkan kos operasi melalui penjimatan guna tenaga. Selain itu, para pengguna
dicadangkan berkongsi kenderaan atau menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan
pula dapat mengurangkan kesan kenaikan terhadap rakyat dengan mengurangkan cukai,
memberikan bantuan kepada golongan miskin, mengawal harga barangan, serta memajukan
sistem pengangkutan awam. Kesimpulannya, kerjasama semua pihak amat penting dalam
menangani cabaran kenaikan harga petroleum.
(99 patah perkataan)
Sudut Kata
• kerja sambilan – kerja yang dibuat di samping kerja biasa atau kerja tetap
• kos operasi – perbelanjaan bagi sesuatu kegiatan atau perusahaan
• cukai – bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (perbadanan,
syarikat, barang-barang dan lain-lain) untuk perbelanjaan negara
48
Bab 1c Ulasan.indd 48 15/03/2021 11:15 AM

