Page 20 - PBD Plus BM T2 (EG)
P. 20
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Unit 36
Kemahiran Menulis
SP 3.2.1 Menulis untuk menyatakan maklumat yang betul dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada daripada pelbagai sumber menggunakan ayat yang gramatis.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, lengkapkan peta buih dengan kepentingan
Menganalisis
pembentukan Pembimbing Rakan Sebaya. KBAT
Kementerian Pendidikan menerusi Guru Bimbingan dan Kaunseling telah membentuk Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS) sebagai suatu khidmat “murid membantu murid” kerana rakan sebaya mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap seseorang murid. PRS diberikan latihan dan kemahiran supaya khidmat
mereka lebih berkesan. Melalui bimbingan dan galakan daripada pentadbir, guru, dan orang dewasa
lain, PRS berupaya untuk menggunakan pengaruh positif dan contoh teladan untuk menarik perhatian
rakan-rakan ke arah perlakuan yang diterima.
Murid yang terpilih sebagai PRS perlulah peka akan perasaan orang lain. Kadangkala, rakan
yang bermasalah singkat akal. Mereka melakukan tindakan negatif yang tidak dijangka. PRS hendaklah
mengambil langkah yang sewajarnya, seperti memasang telinga apabila rakan mengadu masalah,
memujuk rakan dengan kata manis, dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat
keputusan.
Selain itu, PRS juga menjadi model insan kepada murid-murid lain dalam bilik darjah. Hal ini
terutama dalam aspek komunikasi berkesan. Mereka hendaklah berhati-hati apabila bercakap kerana
kata-kata lebih tajam daripada mata pedang. Mereka hendaklah menerima setiap rakan secara terbuka
tanpa syarat dan tidak boleh bersahabat kerana ada udang di sebalik batu. Pada masa yang sama, PRS
perlulah mematuhi etika kerahsiaan.
Menjadi pengaruh i-Think Peta Buih
positif kepada murid-
murid lain
Membantu rakan Menjadi teladan yang
untuk menyelesaikan baik kepada rakan
masalah Kepentingan yang lain
Pembentukan
Pembimbing
Rakan Sebaya
Memujuk rakan Mendengar masalah
dengan kata-kata yang diceritakan oleh
yang baik rakan
Praktis Ekstra
Tema 18
Pendidikan Sivik : Nilai Kegembiraan
• Murid dapat menjelaskan tentang pentingnya berinteraksi secara sihat dengan rakan sebaya.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 72 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
Unit 36.indd 72 15/11/2022 8:01 AM

