Page 19 - PBD Plus BM T2 (EG)
P. 19

UNIT

                                                                                   Bahasa Melayu  Tingkatan 2  Unit 36
                                                                                      Tema 18:  Pentadbiran dan Politik
          3 6                   Pemimpin Berjasa, Negara Berjaya






                                                                                           Buku Teks ms. 225 – 230


                Kemahiran Mendengar dan Bertutur
          SP 1.8.2  Mengulas bahan grafik dengan menyatakan maklumat tersurat dan tersirat dengan jelas dan bernas menggunakan ayat yang gramatis.

          Ulas grafik di bawah ini dengan menyatakan maklumat tersurat dan tersirat.    KBAT  Menganalisis

                            BIODATA                            Nama:  Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
               PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA                       Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
                                                                      Shah
                                                               Tarikh lahir: 8 Februari 1903
                                                               Tempat lahir: Istana Tiga Tingkat, Alor Setar




           Pendidikan                       Kerjaya/Sumbangan
           1911  –  Maktab Sultan Abdul     1931 –  Berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Kedah
                   Hamid Alor Setar         1938 –  Pegawai Daerah Sungai Petani dan kemudiannya di Kulim Kedah
           1916  –  Penang Free School,     1951 –  Dilantik sebagai Presiden UMNO
                   Pulau Pinang             1954 –  Presiden Parti Perikatan
           1925  –  Lulus BBA dari          1955 –  Ahli Majlis Perundangan Persekutuan
                   Universiti Cambridge     1956 –  Mengetuai delegasi kemerdekaan ke London 
           1945  –  Lulus Jurusan Undang-   1957 –  Perdana Menteri Tanah Melayu dan juga Menteri Hubungan Luar
                   undang dari Inner        1959 –  Ahli Parlimen Kuala Kedah, Kedah
                   Temple, London           1963 –  Membentuk Malaysia pada 16 September
           Ulasan


                 Almarhum Tunku Abdul Rahman ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau dilahirkan pada
          8 Februari 1903 di Istana  Tiga  Tingkat, Alor Setar, Kedah. Beliau seorang yang berpengetahuan. Beliau

          mendapat pendidikan di dalam dan luar negara, seperti di Maktab Sultan Abdul Hamid, Penang Free School,
          Universiti  Cambridge,  dan  Inner  Temple,  London.  Bidang  pendidikan  yang  dipelajari  beliau  mempengaruhi

          kerjaya beliau. Misalnya, beliau belajar dalam jurusan undang-undang di Inner Temple, London. Pada tahun
          1955,  beliau  menjadi Ahli Majlis Perundangan  Persekutuan.  Tunku Abdul  Rahman pernah  menjadi Presiden
          UMNO dan Presiden Parti Perikatan. Hal ini menunjukkan beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.

          Seterusnya, beliau juga terlibat dalam usaha untuk memerdekakan  Tanah Melayu. Usaha dan kesungguhan

          beliau ini membuktikan bahawa Tunku Abdul Rahman sangat mencintai tanah air.








             Pendidikan Sivik : Nilai Bertanggungjawab
           •  Murid dapat menghuraikan peranan dan tanggungjawab yang harus dilakukan oleh setiap individu kepada negara.



           TAHAP PENGUASAAN  1  2  3   4   5   6            71                            © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.





   Unit 36.indd   71                                                                                        15/11/2022   8:01 AM
   14   15   16   17   18   19   20   21