Page 17 - PBD Plus BM T2 (EG)
P. 17

UNIT

                                                                                   Bahasa Melayu  Tingkatan 2  Unit 35
                                                                                      Tema 18:  Pentadbiran dan Politik
          3 5                                       Patriot Bangsa






                                                                                           Buku Teks ms. 218 – 224


                Kemahiran Mendengar dan Bertutur
          SP 1.3.2  Mendengar dan menyusun panduan, tunjuk cara, dan arahan dengan memberikan respons yang sesuai dan bermakna.
          Ulas bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis.    KBAT  Menilai                   Nota Visual
                                                                                                      Negara-negara
                                                                                                      ASEAN

                                             MATLAMAT PENUBUHAN ASEAN





             membentuk kerjasama dan              mengekalkan keamanan             menjamin keselamatan rakyat
            menggalakkan pembangunan             sejagat melalui kerjasama                  dan negara
               dan kemajuan ekonomi                    antarabangsa



                                                                    memudahkan bantuan
                               menjamin kestabilan politik         disalurkan kepada negara
                                        negara
                                                                     yang ditimpa bencana



                 Pertubuhan Negara-negara Asia  Tenggara (ASEAN) dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Filipina,

          Singapura, Thailand, Brunei Darussalam, Vietnam, Laos, Myanmar, dan Kemboja. Matlamat penubuhan ASEAN
          adalah untuk membentuk kerjasama yang  dapat menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi. Misalnya,
          pertubuhan ini mengadakan Projek Baja Urea di Indonesia dan Malaysia.  Selain itu, penubuhan ASEAN dapat

          menjamin kestabilan politik sesebuah negara. Contohnya, kerjasama politik yang wujud antara negara-negara
          ASEAN merupakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara aman dan bukan
          menggunakan kekerasan. Di samping itu, matlamat penubuhan ASEAN adalah untuk mengekalkan keamanan

          sejagat melalui kerjasama antarabangsa.  Sebagai contohnya, ASEAN memelihara keamanan dan kestabilan politik
          di rantau Asia Tenggara serta menjalinkan kerjasama yang erat dengan negara-negara seperti China, Amerika
          Syarikat, dan negara-negara lain. Dalam pada itu, penubuhan ASEAN memudahkan sesebuah negara yang ditimpa

          bencana menerima bantuan. Misalnya, ketika bencana tsunami menimpa negara Indonesia, negara-negara
          anggota ASEAN yang lain menghulurkan bantuan kemanusiaan. Seterusnya, penubuhan ASEAN menjamin

          keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, penubuhan ASEAN mengelakkan penglibatan dalam pertikaian
          antara kuasa besar. Oleh itu, penubuhan ASEAN penting untuk menjamin keselamatan negara-negara di Asia
          Tenggara.














           TAHAP PENGUASAAN  1  2  3   4   5   6            69                            © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.





   Unit 35.indd   69                                                                                        15/11/2022   8:01 AM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21