Page 13 - Focus SPM 2021 Kimia
P. 13
Kimia Tingkatan 4 Bab 1 Pengenalan Kepada Kimia
(b) Apakah perkara yang harus dilakukan semasa merancang eksperimen untuk mengesahkan sesuatu
hipotesis? [4 markah]
(c) Jadual 1.6 menunjukkan keputusan satu eksperimen menggunakan penyiasatan saintifik.
Jadual 1.6
Bab
Bab
1 Jisim garam yang ditambahkan kepada air tulen (g) 0 1 2
Masa yang diambil untuk air membeku (min) 20 37 45
Berdasarkan Jadual 1.6,
(i) kenal pasti pemboleh ubah yang dimanipulasikan dan pemboleh ubah yang bergerak balas dalam
eksperimen ini. [2 markah]
(ii) cadangkan satu hipotesis yang sesuai bagi eksperimen ini. [1 markah]
(iii) nyatakan dua pemboleh ubah yang dimalarkan dalam eksperimen ini. [2 markah]
(d) Seorang pelajar ingin menyiasat kesan garam ke atas ketumpatan air.
(i) Cadangkan satu hipotesis bagi eksperimen ini. [1 markah]
(ii) Kenal pasti semua pemboleh ubah bagi eksperimen ini. Kemudian, huraikan secara ringkas bagaimana
dia boleh mengawal semua pemboleh ubah tersebut. [6 markah]
Bahagian C
3. (a) Dengan menggunakan contoh, terangkan kepentingan bahan kimia dalam kehidupan harian.
[10 markah]
(b) Besi mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan kita. Malangnya, besi mudah berkarat. Salah
satu cara untuk mencegah pengaratan besi adalah dengan mengecat.
Huraikan satu eksperimen untuk menunjukkan bahawa mengecat dapat mencegah pengaratan besi.
Huraian anda harus merangkumi pemerhatian dan kesimpulan yang dibuat. KBAT [10 markah]
10

