Page 8 - Focus SPM 2021 Kimia
P. 8

Kimia Tingkatan 4  Bab 1 Pengenalan Kepada Kimia
              1.  Bikar A diisi dengan 50 cm  air suling yang telah disejukkan dalam peti sejuk.
                                        3
              2.  Satu spatula garam halus dimasukkan ke dalam bikar dan campuran dikacau sehingga semua
                 garam itu melarut.
              3.  Langkah 2 diulang sehingga garam tidak boleh melarut lagi. Bilangan spatula garam yang   Bab
                 digunakan direkodkan.                                                                  1
                                                                                             Bab
              4.  Langkah 1 hingga 3 diulang dengan bikar B dan C, dengan menggunakan air suling pada suhu
                 bilik bagi bikar B dan air panas yang baru mendidih bagi bikar C.
            Keputusan:
                                                    Jadual 1.1
                     Bikar                    A                      B                   C
                Keadaan air suling  Disejukkan dalam peti sejuk    Pada suhu bilik  Baru mendidih

                Kuantiti garam yang        1 spatula              3 spatula           5 spatula
              dapat melarut dalam air

            Perbincangan:
              1.  Keterlarutan garam merujuk kepada kuantiti garam yang dapat melarut dalam air.
              2.  Kuantiti garam yang melarut dalam air semakin meningkat apabila suhu air semakin meningkat.
                 Jadi, keterlarutan garam dalam air semakin meningkat apabila suhu air semakin meningkat.
            Kesimpulan:
            Hipotesis diterima. Semakin tinggi suhu air, semakin tinggi keterlarutan garam.


                Cuba Ini!                                                                   1.2
            S1  Senaraikan urutan langkah-langkah yang terlibat dalam penyiasatan saintifik.
            S2  Seorang pelajar ingin menjalankan satu eksperimen untuk menyiasat kesan penambahan air ke atas nilai pH
                suatu asid.
                (a)  Cadangkan satu hipotesis yang sesuai untuk eksperimen itu.
                (b)  Kenal pasti semua pemboleh ubah bagi eksperimen tersebut.



            1.3   Penggunaan, Pengurusan dan Pengendalian Radas serta Bahan Kimia


             1.  Setiap individu yang melakukan aktiviti di dalam makmal kimia haruslah memakai alat pelindung diri
               dan mengetahui kedudukan alat-alat kecemasan di dalam makmal tersebut.

                                                              Kaca mata
                                           Topeng muka
                                                              keselamatan
                                          Sarung tangan
                                                                Baju
                                                                makmal









                                           Kasut makmal

                           Rajah 1.6  Alat pelindung diri melindungi seseorang daripada terkena bahan kimia

                                                                                                 5
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13