Page 31 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 31
Ekonomi Semester 2 STPM Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
BAB
2 PERAKAUNAN
PENDAPATAN NEGARA
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
PENGENALAN
BAB
2 Perakaunan pendapatan negara merupakan penyata kewangan negara bagi tempoh satu tahun. Penyata
ini amat penting kerana datanya dapat memberi gambaran tentang pencapaian kegiatan ekonomi negara
pada suatu masa tertentu, pertumbuhan serta perkembangannya dari semasa ke semasa. Dalam bab ini,
anda akan mempelajari tentang konsep pendapatan negara seperti Keluaran Dalam Negeri Kasar, Keluaran
Negara Kasar, keluaran negara nominal, keluaran negara benar, dan pendapatan per kapita. Selain itu,
kaedah penghitungan pendapatan negara juga diperkenalkan. Pendapatan negara dapat dihitung melalui
tiga kaedah, iaitu kaedah perbelanjaan, kaedah keluaran, dan kaedah pendapatan. Data pendapatan
negara yang diperoleh mempunyai beberapa kegunaan. Kesemua ini akan dibincangkan dalam bab ini
termasuklah masalah yang dihadapi dalam penghitungan pendapatan negara dan kelemahan menggunakan
data pendapatan negara.
Peta Konsep
PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
Konsep Pendapatan Kaedah Penghitungan Kegunaan Data
Negara Pendapatan Negara Pendapatan Negara
• KDNK • Kaedah penghitungan: • Kegunaan:
• KNK – Kaedah perbelanjaan – Pertumbuhan ekonomi
• Harga pasaran dan kos – Kaedah keluaran – Pengukur taraf hidup
faktor – Kaedah pendapatan – Prestasi sektor ekonomi
• Keluaran negara nominal • Masalah penghitungan – Perubahan struktur ekonomi
• Keluaran negara benar pendapatan negara – Perancangan ekonomi
• Pendapatan negara • Kelemahan menggunakan data
• Pendapatan per kapita pendapatan negara:
– Antara masa
– Antara negara
28

