Page 7 - Focus SPM KSSM 2021 Tingkatan 5 - Kimia
P. 7
Kimia Tingkatan 5 Bab 4 Polimer
(b) Monomer-monomer dalam pempolimeran O O
kondensasi mempunyai lebih daripada n CI C (CH ) C CI + n H N (CH ) NH 2
2 6
2
2 8
satu kumpulan berfungsi. Dekanadioil diklorida 1,6-heksanadiamina
(c) Beberapa contoh polimer yang terbentuk
hasil daripada pempolimeran kondensasi
ialah poliamida (nilon), poliester (terilena)
dan poliuretana. O O
NH (CH ) NH C (CH ) C + n HCI
2 8
2 6
Asid
n
Nilon hidroklorik
Rajah 4.4 Pempolimeran nilon
AKTIVITI 4.1
Tujuan: Menghasilkan dan mengkaji sifat nilon melalui tindak balas antara 1,6-heksanadiamina dengan
dekanadioil diklorida.
Bahan: Dekanadioil diklorida 5% dalam sikloheksana, larutan 1,6-heksanadiamina 5%, larutan
-3
-3
natrium hidroksida 6 mol dm , asid hidroklorik 6 mol dm , etanol 50%, aseton
Radas: Bikar 50 ml, bikar 150 ml, silinder penyukat, forseps, pembaris meter, tabung uji, rak tabung
uji, gunting
Prosedur:
Langkah berjaga-jaga: Murid dikehendaki memakai sarung tangan dan menjalankan aktiviti ini di
dalam kebuk wasap.
3
1. 15 cm dekanadioil diklorida 5% dalam sikloheksana disukat dengan silinder penyukat dan
dituangkan ke dalam bikar 50 ml.
3
2. 15 cm larutan 1,6-heksanadiamina 5% dituangkan ke dalam bikar 150 ml dan 10 titis larutan
-3
natrium hidroksida 6 mol dm ditambahkan ke dalam bikar yang sama.
3. Dekanadioil diklorida dituangkan dengan perlahan-lahan melalui dinding
bikar dan dibiar mengalir ke bahagian atas larutan 1,6-heksanadiamina
untuk mengurangkan pembentukan busa (buih). Kandungan bikar tidak perlu
dikacau. Bab Bab
4. Pemerhatian dicatat. 4
5. Filem polimer (nilon) yang terbentuk di antara permukaan dikepit menggunakan
forseps dan ditarik keluar dengan perlahan-lahan (berbentuk tali yang panjang)
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5.
6. Tali nilon yang diperoleh terus ditarik keluar dari bikar dengan perlahan-lahan
dan dililit pada badan silinder penyukat supaya tidak bertindih.
7. Langkah 6 diulang sehingga kesemua tali nilon telah ditarik keluar. Rajah 4.5
8. Tali nilon ini dibilas terlebih dahulu dengan etanol 50% diikuti dengan air dan dibiarkan kering.
9. Setelah menjadi kering, warna tali nilon diperhati dan panjangnya diukur.
10. Tali nilon itu dipotong sepanjang 15-20 cm dan ditarik di kedua-dua hujungnya.
11. Pemerhatian sama ada tali nilon itu putus atau sebaliknya dicatat.
12. Tiga kerat tali nilon sepanjang 2-3 cm disediakan.
163
04 Focus SPM KIMIA F5.indd 163 18/02/2021 4:09 PM

