Page 8 - Focus SPM KSSM 2021 Tingkatan 5 - Kimia
P. 8

Kimia Tingkatan 5  Bab 4 Polimer

            13.  Tali nilon itu dimasukkan ke dalam tiga tabung uji berasingan yang masing-masing mengandungi
              5 cm  asid hidroklorik pekat 6 mol dm , 5 cm  larutan natrium hidroksida 6 mol dm  dan 5 cm
                                                                                       -3
                                                                                                 3
                                                      3
                                               -3
                   3
              aseton.
            14.  Sebarang perubahan pada tali nilon dengan kehadiran asid, bes dan pelarut organik diperhatikan.
          Pemerhatian:
           Panjang tali nilon yang terbentuk                      17.6 m
           Warna tali nilon yang terbentuk                        Putih
           Keadaan tali nilon apabila diregang                    Tidak putus
           Keadaan tali nilon dengan kehadiran asid hidroklorik pekat  Nilon larut

           Keadaan tali nilon dengan kehadiran larutan natrium hidroksida Tiada sebarang tindak balas berlaku
           Keadaan tali nilon dengan kehadiran aseton (pelarut organik)  Nilon larut, tetapi sangat perlahan
          Perbincangan:
            1.  Nilon dihasilkan melalui pempolimeran kondensasi.
            2.  Dekanadioil diklorida bertindak balas dengan 1,6-heksanadiamina untuk membentuk nilon.
                   O      O                                              O       O
               n CI C  (CH )  C  CI  +  n H N (CH )  NH       NH (CH )  NH  C (CH )  C  +    HCI
                        2 8           2    2 6  2                  2 6        2 8
                                                                                   n
                Dekanadioil diklorida  1, 6-heksanadiamina            Nilon
            3.  Nilon merupakan kopolimer oleh kerana pembentukannya melibatkan gabungan dua monomer
              yang berbeza.
            4.  Setiap monomer ini dilarutkan secara berasingan di dalam dua cecair berlainan, iaitu air dan
              sikloheksana.
            5.  Apabila kedua-dua cecair ini bersentuhan antara satu sama lain, monomer hanya dapat bertindak
              balas di antara permukaan.
            6.  Tali nilon ditarik keluar dari filem polimer yang terbentuk di antara permukaan.
            7.  Sebaik sahaja filem polimer ditarik keluar, filem baharu terbentuk dengan serta-merta.
            8.  Oleh itu, tindak balas penghasilan nilon berlaku berterusan sehingga tiada lagi bahan tindak balas
              yang tinggal untuk bertindak balas.
            9.  Nilon yang terhasil berwarna putih. Oleh itu, nilon dapat dicelup untuk menghasilkan hampir
                Bab
    Bab
   4          semua warna. Nilon sangat kuat dan kenyal dan lebih kuat daripada gentian poliester. Nilon ialah
              serat sintetik yang mudah terbakar dan larut di dalam asid pekat dan juga pelarut organik. Nilon
              tidak bersifat toksik dan tidak menyebabkan kerengsaan pada kulit.
          Kesimpulan:
          Nilon dihasilkan melalui pempolimeran kondensasi yang melibatkan dua jenis monomer, iaitu
          dekanadioil diklorida dan 1,6-heksanadiamina. Molekul asid hidroklorik akan disingkirkan semasa
          percantuman monomer-monomer itu. Nilon berwarna putih, sangat kuat, bersifat kenyal dan tidak
          toksik.

        Penggunaan Polimer dalam Kehidupan Harian
          1.  Polimer sintetik telah banyak digunakan sebagai bahan binaan untuk menggantikan batu-batan, logam,
             kayu, tanah liat, bulu biri-biri dan getah asli.
          2.  Polimer sintetik adalah sangat stabil. Tidak seperti logam, kayu, atau kertas, polimer sintetik tidak
             berkarat dan tidak mudah reput dengan kehadiran air, oksigen, bahan kimia lain atau cahaya matahari.


           164






   04 Focus SPM KIMIA F5.indd   164                                                              18/02/2021   4:09 PM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13