Page 15 - Focus PT3 2022 - Sejarah
P. 15

Sejarah  PT3  Bab 5  Kesultanan Melayu Melaka
              Pengurusan Perdagangan

                1.  Kesultanan Melayu Melaka mencapai kegemilangan sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan
                   entrepot yang unggul di Alam Melayu.
                2.  Kegiatan perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar dan teratur atas beberapa sebab, iaitu:
                   (a)  Pengurusan perdagangan yang cekap oleh syahbandar.
                   (b)  Cukai perdagangan yang rendah.
                   (c)  Penggunaan sistem tukar barang dan mata wang.
                   (d)  Peranan Orang Laut.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                   (e)  Terdapat kemudahan di pelabuhan.
                3.  Kejayaan  Kesultanan  Melayu  Melaka  menguasai  perdagangan  di  Selat Melaka  membolehkan
                   Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang unggul.
                                Syahbandar                                Cukai perdagangan
               Peranan  syahbandar  yang dinyatakan  dalam  Hukum  Pengurusan cukai barangan yang cekap dan sistematik
               Kanun Melaka adalah berikut:                 juga menarik minat para pedagang.
               •  Pelabuhan diuruskan dengan teratur dan cekap   •  Pedagang tertarik berdagang di Melaka kerana
                 oleh pegawai yang mahir dan berpengalaman.   terdapat pengurusan cukai pelabuhan yang rendah.
               •  Tugas syahbandar ialah mengurus pasar dan   •  Cukai dan bayaran surat kebenaran berniaga di
                 gedung, menjaga kebajikan serta keselamatan   pelabuhan Melaka menjadi sumber pendapatan
                 pedagang.                                    Kesultananan Melayu Melaka.
               •  Urusan perdagangan dikendalikan oleh syahbandar  •  Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan, iaitu
                 memainkan peranan penting dalam menjadikan   cukai rasmi dan cukai tidak rasmi.
                 Melaka sebagai pelabuhan entrepot.         •  Cukai rasmi adalah cukai import sebagai panduan.
               •  Syahbandar juga bertanggungjawab memeriksa   Kadarnya berbeza-beza mengikut tempat asal
                 alat timbang sukat dan mata wang, menjadi    pedagang.
                 hakim di pelabuhan, mengurus cukai dan     •  Cukai tidak rasmi pula adalah dalam bentuk
                 menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.  hadiah. Pedagang China dan Jepun hanya
         Tingkatan
         2                                                    dikehendaki memberikan hadiah yang nilainya
                                                              sama dengan cukai lima peratus.
                                Mata wang                                    Orang Laut
               Terdapat dua bentuk urusan jual beli dijalankan, iaitu  Orang Laut memberikan taat setia kepada raja.
               pertukaran barangan dan menggunakan mata wang.  Mereka juga berperanan penting dalam mengekalkan
               •  Perdagangan  tukar barang berlaku antara   kestabilan kerajaan terutamanya dalam memastikan
                 barangan dari China dan Alam Melayu dengan   urusan perdagangan dapat dijalankan tanpa
                 barangan dari Barat dan India.             gangguan.
               •  Penggunaan mata wang telah melancarkan lagi   •  Orang Laut merupakan pelayar dan penunjuk arah
                 urusan jual beli. Para peringkat awal, tukaran   yang cekap kepada pedagang yang berdagang di
                 nilaian seperti jongkong timah, serbuk emas dan   Melaka.
                 kulit siput (cowrie) telah digunakan.      •  Mereka juga bertanggungjawab sebagai tentera
               •  Mata wang timah yang digunakan dikenali sebagai   untuk menjamin keselamatan pedagang di perairan
                 Calains. Nama Sultan Melaka yang memerintah   Melaka.
                 terpahat pada kepingan timah ini.
               •  Terdapat juga mata wang emas dan perak.
               •  Mata wang dari Pasai, Hormaz dan Cambay juga
                 digunakan.
                                                  Kemudahan pelabuhan
               Pelabuhan di Melaka yang terdiri daripada pelbagai kemudahan yang lengkap telah menarik minat pedagang.
               Antara kemudahan yang disediakan adalah:
               •  Gudang tempat menyimpan barang.             •  Kemudahan pengangkutan.
               •  Kemudahan bekalan makanan dan minuman.      •  Khidmat membaiki kapal.
               •  Tempat penginapan.                          •  Kemudahan tempat beribadat.
               •  Syahbandar yang menjaga kebajikan pedagang.



                 152





         05.2 FOC PT3 SEJ.indd   152                                                                   18/10/2019   6:08 PM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20