Page 16 - Focus PT3 2022 - Sejarah
P. 16

Sejarah  PT3  Bab 5  Kesultanan Melayu Melaka
                Hubungan Luar

                  1.  Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan luar dengan kerajaan lain.
                  2.  Terdapat dua bentuk hubungan luar, iaitu hubungan diplomatik dan hubungan perdagangan.
                  3.  Kesultanan Melayu Melaka juga menjalin hubungan dengan kerajaan Alam Melayu lain seperti
                     Pasai, Demak, Majapahit dan Makasar.
                  4.  Hubungan luar menyebabkan negara lain menghormati kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka.
                  5.  Keselamatan dan kestabilan Kesultanan Melayu Melaka  juga terjamin melalui hubungan baik
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                     dengan kerajaan di dalam dan luar Alam Melayu.
                     (a)  Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Kerajaan Alam Melayu:

                                   •  Hubungan berlaku atas dasar sama taraf.
                                   •  Hubungan diplomatik terjalin melalui perkahwinan Sultan Melaka dengan puteri
                    Pasai            kerajaan Pasai, iaitu Puteri Ratna Kaumala.
                                   •  Hubungan juga berlaku atas dasar berkongsi pendapat dan perbincangan berkaitan
                                     hal agama Islam.
                                   •  Hubungan ini membantu Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam.


                                   •  Hubungan berlaku atas dasar kepentingan bersama dalam perdagangan penyebaran
                                     Islam.
                    Demak          •  Beras, bahan makanan, rempah-ratus dan tentera telah dibekalkan oleh kerajaan
                                     Demak kepada Melaka.
                                   •  Keamanan dan kemakmuran Melaka terjamin dengan adanya hubungan ini.


                                   •  Melaka telah menghantar utusan persahabatan ke Makasar.                 Tingkatan
                                   •  Hubungan ini berlaku dalam aspek perdagangan, perkapalan, Islam, kebudayaan dan
                   Makasar           kesenian.
                                   •  Kerajaan Makasar menghadiahi “Budak Raja” kepada Sultan Melaka menyebabkan   2
                                     hubungan ini semakin rapat.

                                   •  Perkahwinan pemerintah Melaka dengan puteri Majapahit menyebabkan hubungan
                                     ini terjalin.
                  Majapahit        •  Hubungan ini menyebabkan persahabatan dengan Majapahit dapat diperkukuhkan.
                                   •  Hasil hubungan ini menjadikan wilayah Melaka semakin luas dan berakhirnya
                                     ancaman Majapahit.


                     (b)  Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Kerajaan Luar Alam Melayu:
                 Kerajaan                              Perkembangan hubungan
                 China     •  Kunjungan utusan diketuai oleh Yin Ching pada tahun 1403 dan Laksamana Zheng He pada
                             tahun 1405 menyebabkan hubungan diplomatik, persahabatan dan perdagangan terjalin.
                           •  Sultan Melaka diberi pengiktirafan melalui pengurniaan payung kuning, cap mohor dan
                             sepersalinan pakaian.
                           •  Melaka mendapat naungan dan perlindungan daripada China.
                           •  Ancaman Siam dapat dielakkan melalui pengiktirafan dan perlindungan daripada China.
                           •  Melaka mahu situasi menang-menang dengan Siam untuk mengekalkan kedaulatannya.
                 Ryukyu    •  Melaka menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan kerajaan Ryukyu.
                 (Jepun)   •  Sultan Mansur Shah berutus surat dengan kerajaan Ryukyu berkaitan tingkah laku
                             pedagangnya yang melanggar undang-undang di Melaka.
                           •  Perdagangan dengan Melaka dapat ditingkatkan melalui hubungan ini.





                                                                                                     153





         05.2 FOC PT3 SEJ.indd   153                                                                   18/10/2019   6:08 PM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21