Page 17 - Focus PT3 2022 - Sejarah
P. 17

Sejarah  PT3  Bab 5  Kesultanan Melayu Melaka

               Kerajaan                              Perkembangan hubungan
                         •  Siam pernah mengancam Melaka semasa pemerintahan Parameswara dan Sultan Muzaffar
                          Shah.
               Siam      •  Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam atas dasar diplomatik dan perdagangan.
                         •  Melaka telah menghantar Tun Telanai dan Menteri Jana Putera sebagai utusan ke Siam.
                         •  Hubungan ini membolehkan Melaka memperoleh bekalan kayu yati, beras dan bahan makanan
                          daripada Siam serta dapat menjamin keselamatannya.
                         •  Hubungan berbentuk perdagangan telah dilakukan dengan Pegu, Luzon, Gujerat, Koromandel
               Kerajaan   dan Bengal.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
               lain      •  Melaka turut menjalinkan hubungan dengan Mesir, Parsi, Turki dan Arab.
                         •  Hal ini menyebabkan Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran
                          Islam yang ulung di Alam Melayu.


                  Praktis Formatif 5.2

                1.  Nyatakan tugas seorang Kiwi.
                2.  Namakan negeri di Tanah Melayu yang tidak mengamalkan Adat Temenggung.
                3.  Senaraikan  nama kerajaan  Alam Melayu yang menjalinkan  hubungan  luar dengan  Kesultanan  Melayu
                  Melaka.



               5.3    Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka



                1.  Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun 1511.
                2.  Peristiwa ini penting kerana tahun tersebut menandakan bermulanya serangan Portugis dan
         Tingkatan
         2         penaklukan ke atas Melaka. Kesultanan Melayu Melaka telah menggunakan beberapa strategi
                   untuk menghadapi serangan Portugis.
                3.  Walaupun terpaksa berundur, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka terus berjuang untuk
                   mengembalikan kedaulatannya.

              Faktor Dalaman

                1.  Terdapat dua masalah yang menyebabkan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka, iaitu:
                   (a)  Masalah kepimpinan:
                       (i)  Kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar dalam pemerintahan dan pentadbiran
                           menyebabkan ketidakstabilan politik.
                       (ii)  Terdapat amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran.
                       (iii)  Berlaku perbalahan sesama sendiri dalam kalangan pembesar.
                   (b)  Masalah perpaduan:
                       (i)  Rakyat tidak bersatu padu.
                       (ii)  Berlaku perpecahan akibat persaingan kuasa antara pembesar Melaka.
                       (iii)  Askar upahan dari luar yang tidak taat setia kepada Melaka.

                INFO  SEJARAH
                INFO  SEJARAH
                 Angkatan laut Portugis melancarkan tiga serangan ke atas Melaka, iaitu:
                 •  Pada 25 Julai 1511, Portugis berjaya menguasai jambatan Sungai Melaka hasil maklumat daripada si
                   Kitol tentang kekuatan pertahanan Melaka.
                 •  Pada 10 Ogos 1511, Portugis berjaya mengalahkan askar Melaka.
                 •  Pada 24 Ogos 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis.



                 154





         05.2 FOC PT3 SEJ.indd   154                                                                   18/10/2019   6:08 PM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22