Page 31 - MODULE & MORE SEJARAH TG4
P. 31
Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
Sudut KBAT
KBAT
Gambar berikut menunjukkan tokoh nasionalis di Asia Tenggara.
BAB
2
A B C D
(a) Lengkapkan jadual berikut.
Tokoh Nama Parti politik
A Jose Rizal Liga Filipina
B Soekarno Partai Nasionalis Indonesia
C Ho Chi Minh Parti Komunis Vietnam
D Aung San Parti Do Bama Asiayone
(b) Apakah sikap nasionalis tersebut yang wajar kita contohi?
Semangat juang yang kental. Keberanian. Sanggup berkorban nyawa demi negara. Meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan diri. Cinta akan bangsa dan negara. Mengamalkan semangat kerjasama. Memiliki jati diri yang
tinggi. Tidak mudah berputus asa. Tabah dan cekal menghadapi cabaran.
(c) Sejauh manakah semangat nasionalisme mempengaruhi kemajuan negara kita?
Semangat nasionalisme memupuk semangat cinta akan negara dan menentang sebarang bentuk pencerobohan
kuasa asing. Rakyat sanggup berkorban demi kemajuan negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi
kepentingan diri. Mewujudkan suasana aman damai dan mendorong kemasukan pelabur asing ke Malaysia.
Kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup rakyat, dan seterusnya
memajukan negara. Memupuk perpaduan dan kerjasama kaum yang akan memudahkan kerajaan melaksanakan
program pembangunan negara. Melahirkan suasana harmoni antara kaum dan menarik kehadiran pelancong yang
sekaligus merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.
(d) Cadangkan aktiviti yang boleh memperkukuh semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda.
Meraikan sambutan Hari Kemerdekaan. Mengibarkan bendera di rumah dan sekolah. Mengadakan sambutan
ambang kemerdekaan. Menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan. Membuat mural sejarah negara. Melakar
peristiwa sejarah negara. Mengadakan lawatan ke tempat bersejarah, muzium, arkib, dan memorial. Menjadikan
tokoh-tokoh negara sebagai idola untuk mencapai kecemerlangan. Mengadakan Bulan Patriotik di sekolah.
Menganggotai Persatuan Sejarah dan badan beruniform.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
35 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 M&M SEJ TG4 2P.indd 35 21/02/2020 11:36 AM

