Page 29 - MODULE & MORE SEJARAH TG4
P. 29
Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
2. Rajah berikut menunjukkan perkembangan nasionalisme di negara kita. m.s. BUKU TEKS
38 – 39
Perjuangan melalui penulisan
BAB
Akhbar Majalah Karya kreatif
2
(a) Senaraikan tiga akhbar yang membangkitkan nasionalisme di Tanah Melayu.
(i) Utusan Melayu
(ii) Lembaga Melayu
(iii) Warta Malaya
[3 markah]
(b) Apakah isu yang diperjuangkan dalam akhbar dan majalah tersebut?
Isu hak dan masa depan bangsa. Isu pentadbiran, ekonomi dan sosial.
[2 markah]
(c) Nyatakan tokoh yang terlibat dalam perkembangan akhbar Melayu pada abad ke-20.
Mohammad Eunos Abdullah, Muhammad Yusof Ahmad, Dato’ Onn Jaafar dan Abdul Rahim Kajai.
[2 markah]
(d) Sejauh manakah karya kreatif mampu memupuk nasionalisme dalam kalangan penduduk Tanah Melayu?
Karya kreatif bertemakan semangat cinta akan negara dan perjuangan membela nasib bangsa seperti
terkandung dalam novel Mari Kita Berjuang, karya Abdullah Sidek. Cerpen pula bertemakan semangat
pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air seperti dalam karya Rumah Besar Tiang Sebatang oleh
Abdul Rahim Kajai.
[3 markah]
Pendidikan Sivik
Nilai Teras: Kasih sayang
Tajuk: Mempertahankan Keutuhan Negara
Aktiviti PAK-21: Persembahan
1. Setiap kumpulan akan menghasilkan sebuah puisi, sajak atau lagu.
2. Persembahan hendaklah bertemakan tajuk berikut:
“Aku Bangga Menjadi Anak Malaysia”
3. Setiap kumpulan akan membuat persembahan di hadapan kelas.
33 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 M&M SEJ TG4 2P.indd 33 21/02/2020 11:36 AM

