Page 28 - Sukses Model Penulisan Tahun 4, 5 & 6 2022
P. 28
Bahasa Melayu KSSR Bahagian A – Membina Ayat
MODEL
19 Lawatan ke Tanah Tinggi Cameron Pertanian
Gambar di bawah ini menunjukkan aktiviti-aktiviti ketika murid-murid mengikuti
lawatan ke Tanah Tinggi Cameron.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar tersebut.
Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.
LAWATAN KE TANAH
TINGGI CAMERON
1. Murid-murid menyaksikan keindahan bunga-bungaan yang ditanam di Taman
Lavender di Tanah Tinggi Cameron.
2. Tiga orang murid membeli buah strawberi yang masih segar setelah merasai
keenakan buah tersebut.
3. Murid-murid mendengar penerangan berkaitan cara-cara membuat teh yang
diberikan oleh pekerja di situ dengan tekun.
4. Murid-murid tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah di pasar malam
kerana pelbagai barang dijual di situ.
5. Murid-murid tidak melepaskan peluang untuk bergambar di kawasan ladang
teh sebagai kenang-kenangan.
23
Bahagian A.indd 23 05/11/2021 4:01 PM

